NOTIS PEMAKLUMAN: LENCONGAN SEMENTARA LALUAN PEJALAN KAKI DI PPUM
Makluman kepada semua warga kerja, pesakit dan pelawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Sila ambil maklum bahawa terdapat lencongan sementara laluan pejalan kaki bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Pier 1 Link Bridge KPPL – RUKA.
Butiran pelaksanaan adalah seperti berikut:
Tarikh: 15 Julai 2026 hingga 15 Ogos 2026
🚶♂️ Panduan Laluan: Laluan pejalan kaki akan dilencongan ke zebra crossing berdekatan. Sila rujuk anak panah berwarna biru pada peta laluan alternatif yang disediakan di dalam infografik.
Bagi memastikan keselamatan anda, petugas keselamatan akan sentiasa berada di lokasi untuk membantu melancarkan pergerakan pejalan kaki sepanjang tempoh pembinaan ini dijalankan.
Pihak pengurusan PPUM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama dan keprihatinan anda amatlah dihargai demi keselamatan bersama.
Terima kasih.
#PusatPerubatanUniversitiMalaya
#PenerajuPengajaranPerubatan
#PassionInCarePrecisionInCure



