HAK PESAKIT DAN TANGGUNGJAWAB PESAKIT/WARIS

PPUM bertekad untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit. Hak pesakit dihormati dan menjadi tanggungjawab staf PPUM untuk membantu pesakit mengetahui dan memperoleh hak-hak mereka. Pesakit mempunyai tanggungjawab bersama-sama PPUM untuk memastikan mutu terbaik dalam penjagaan kesihatan.

HAK PESAKIT

  1. Hak Mendapat Rawatan
    • Menerima rawatan yang kompeten tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina, dan status ekonomi.
    • Segera bagi kes-kes yang dikategorikan sebagai kecemasan.
  2. Hak Mendapat Maklumat Dan Pengajaran Kesihatan
    • Maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
    • Maklumat berkenaan tahap kesihatan anda oleh Pegawal Perubatan termasuk:-
    • Prosedur dan rawatan yang akan dijalankan.
    • Risiko dan faedah rawatan.
    • Pilihan rawatan yang lain.
    • Kos penjagaan dan perawatan.
    • Nasihat kesihatan.
  3. Hak Momilih Kacdah Rawatan
    • Menerima atau menolak kaedah rawatan yang disarankan.
    • Pandangan dan nasihat daripada pihak kedua pada bila-bila masa.
    • Memilih sama ada ingin monyertai sebagai subjek kajian perubatan atau sebaliknya.
  4. Hak Privasi Dan Korahsiaan
    • Maruah dan kerahsiaan pesakit dihormati.
    • Maklumat rekod perubatan dirahsiakan.
  5. Hak Mendapat Persokitaran Yang Sihat Dan Selamat
    • Dirawat di persekitaran yang kondusif dan selamat
  6. Hak Membuat Aduan
    • Membuat aduan tanpa dinafikan hak pengadu.

TANGGUNGJAWAB PESAKIT/WARIS

  1. Mematuhi polisi dan peraturan hospital.
  2. Memberi maklumat yang tepat dan jujur mengenai sejarah perubatan termasuk jika mempunyai alahan yang serius.
  3. Bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat atau rekod perawatan yang berada dalam tanggungjawab atau simpanan.
  4. Menepati tarikh dan masa janji temu yang ditetapkan.
  5. Berhak menerima atau menolak cadangan rawatan.
  6. Bertanggungjawab terhadap keengganan menerima rawatan.
  7. Mematuhi perancangan rawatan yang disyorkan oleh pengamal perubatan.
  8. Memaklumkan staf sekiranya pesakit adalah penderma organ berdaftar.
  9. Tidak berkelakuan agresif atau menggunakan kata-kata kesat semasa berada di premis PPUM.
  10. Tidak membawa barangan berharga semasa menerima rawatan atau hadir ke PPUM.
  11. Menggunakan kemudahan dan fasiliti dengan berhemah.
  12. Menjelaskan bil rawatan.