Vendor

Tender List

Year : 2021

Month : 7

Bil Tajuk Sebutharga Syarat Utama Tarikh
TAWARAN PEROLEHAN ALAT GANTI SATU (1) UNIT X-RAY TUBE UNTUK PERALATAN COMPUTED TOMOGRAPHY (CT) SCANNER JENAMA SIEMENS DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: T/1703/7/2021/2022(11)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 050101 
050101 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 02-07-2021
Tutup: 26-07-2021 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SATU (1) UNIT MULTIMODAL SCANNING LASER OPHTHALMOSCOPY FOR DIAGNOSTIC RETINAL ANGIOGRAPHY DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: T/1/7/2021(7)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 050101 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 150.00
Kategori : Peralatan
Buka: 02-07-2021
Tutup: 26-07-2021 
Masa: 12.00pm
          


SYARAT-SYARAT UMUM YANG PERLU DIPATUHI:

1. Syarikat yang hendak menyertai sebut harga/tender ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dengan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut.

2. Dokumen sebut harga/tender yang telah dibeli akan dihantar melalui e-mel syarikat yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.

3. Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sijil -sijil berikut (sekiranya berkaitan) yang masih sah tempohnya dan telah dimuatnaik di dalam sistem iPerolehan (https://iperolehan.ummc.edu.my) untuk semakan sebelum membeli dokumen sebut harga/tender:

i) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF):
  a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
  b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera

ii) Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB):
  a) Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK)
  b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

iii) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK):
  a) Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja


4. Dokumen sebut harga/tender dijual mulai dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang mengikut tarikh yang ditetapkan dengan harga seperti dinyatakan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.

5. Dokumen sebut harga/tender WAJIB dilengkapkan secara dalam talian (Online) dan perlu dihantar dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh dan masa tutup iklan yang dinyatakan.

6. Sampel bagi sebut harga/tender yang berkaitan (jika ada) hendaklah diserahkan di kaunter Jabatan Perolehan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan yang dinyatakan dan pada jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan.

7. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan penyertaan sebut harga/tender tidak akan dipertimbangkan.





ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my