Vendor

Tender List

Year : 2024

Month : 5

Bil Tajuk Sebutharga Syarat Utama Tarikh
TAWARAN BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF SISTEM PENGURUSAN BANGUNAN (BMS) DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: T/1803/5/2024(10)

Maklumat Tambahan: KOD BIDANG
CIDB Gred G4 ATAU G5 ATAU G6, Kategori ME, Pengkhususan M04


SYARAT-SYARAT TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK
Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN.

Lawatan Tapak adalah seperti berikut:-

Tarikh: 07 Mei 2024 (Selasa)
Masa: 09.00 Pagi
Tempat: Bilik Muzakarah, Jabatan Perolehan, Pusat Perubatan Universiti Malaya

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa lawatan tapak:-

1) Sijil SSM
2) Kad Pengenalan
3) Cap Syarikat
4) Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang masih sah laku tempoh
5) Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang masih sah laku tempoh

Hanya PENAMA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di dalam PPK/SPKK sahaja boleh menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak. Sebarang pengukuran di tapak dibenarkan semasa lawatan tapak sahaja. Permohonan lawatan tapak semula TIDAK akan dipertimbangkan.

Penjualan dokumen tender hanya akan bermula selepas sesi taklimat/lawatan tapak.
 
Bidang  :
G4-ME-M04 (Sistem automasi bangunan) Atau
G5-ME-M04 (Sistem automasi bangunan) Atau
G6-ME-M04 (Sistem automasi bangunan)
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Kerja-Kerja
Buka: 02-05-2024
Tutup: 30-05-2024 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI MEMBEKAL BEKALAN PELBAGAI RAWATAN DIALISIS 2

No Rujukan: T/102/4/2024/2027(2)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 050201 Atau
050301 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Bekalan
Buka: 23-04-2024
Tutup: 14-05-2024 
Masa: 12.00pm
          


SYARAT-SYARAT UMUM YANG PERLU DIPATUHI:

1. Syarikat yang hendak menyertai sebut harga/tender ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dengan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut.

2. Dokumen sebut harga/tender yang telah dibeli akan dihantar melalui e-mel syarikat yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.

3. Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sijil -sijil berikut (sekiranya berkaitan) yang masih sah tempohnya dan telah dimuatnaik di dalam sistem iPerolehan (https://iperolehan.ummc.edu.my) untuk semakan sebelum membeli dokumen sebut harga/tender:

i) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF):
  a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
  b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera

ii) Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB):
  a) Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK)
  b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

iii) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK):
  a) Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja


4. Dokumen sebut harga/tender dijual mulai dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang mengikut tarikh yang ditetapkan dengan harga seperti dinyatakan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.

5. Dokumen sebut harga/tender WAJIB dilengkapkan secara dalam talian (Online) dan perlu dihantar dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh dan masa tutup iklan yang dinyatakan.

6. Sampel bagi sebut harga/tender yang berkaitan (jika ada) hendaklah diserahkan di kaunter Jabatan Perolehan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan yang dinyatakan dan pada jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan.

7. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan penyertaan sebut harga/tender tidak akan dipertimbangkan.





ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my