Vendor

Quotation List

Bil Tajuk Syarat Utama Tarikh Naskah Meja
1 SEBUT HARGA PELUPUSAN BAGI PERALATAN PERUBATAN DAN KELENGKAPAN HOSPITAL SECARA JUALAN SISA TERMASUK KERJA-KERJA MENANGGAL, MENGANGKUT DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: S/L/9/2024(2)

Maklumat Tambahan: 1. Penjualan aset ini adalah terbuka kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang 221902 (membeli barang lusuh perlu permit).

2. Penyebut Harga diwajibkan menghadiri lawatan tapak yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18 September 2024 (Rabu)
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Jabatan Perolehan, Pusat Perubatan Universiti Malaya

3. Dokumen Sebut Harga Boleh didapati secara percuma selepas lawatan tapak. Syarikat wajib membawa USB Flash Drive untuk mendapatkan Dokumen Tawaran Sebut Harga tersebut.

4. Penyebut Harga perlu membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan semasa lawatan tapak seperti berikut:-

(a) Salinan Sijil SSM yang telah disahkan benar
(b) Kad Pengenalan
(c) Cap Syarikat
(d) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat (Kementerian Kewangan Malaysia) yang masih sah tempoh lakunya dan telah disahkan benar.

5. Hanya PENAMA yang terdapat dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat (Kementerian Kewangan Malaysia) sahaja boleh menghadiri sesi taklimat/lawatan tapak ini. Permohonan lawatan tapak semula TIDAK akan dipertimbangkan.

6. Penyebut Harga adalah dikehendaki membayar Deposit Sebut Harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi aset tersebut atau maksimum RM5,000.00 yang boleh dibuat sepanjang tempoh iklan dan disertakan resit pembayaran deposit tersebut bersama Dokumen Sebut Harga yang diuruskan seperti berikut:

(a) Pembayaran Deposit Sebut Harga boleh dibuat dalam bentuk Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Bank Draft atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya di Jabatan Perolehan.

 
Bidang  : 221902 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 0.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 12-09-2024
Tutup: 02-10-2024 
Masa: 12.00pm
          
Muat turun
2 SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF UNIT PENGENDALIAN ALAT STERIL (UPAS), ARAS 1, MENARA TIMUR, PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (NSC -KERJA-KERJA MEKANIKAL)

No Rujukan: S/1803/9/2024(13)

Maklumat Tambahan: Maklumat Tambahan:

1) Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN seperti berikut:-
Tarikh : 25 September 2024 (10.00 pagi)
Tempat : Bilik Muzakarah, Jabatan Perolehan, PPUM.

2) Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa sesi taklimat dan lawatan tapak:-
a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
b) Kad Pengenalan
c) Cop Syarikat
d) Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang masih sah tempoh lakunya.
e) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang masih sah tempoh lakunya.

3) Hanya PENAMA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di dalam Sijil PPK & SPKK sahaja boleh menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak.

4) Dokumen sebut harga akan dijual selepas sesi lawatan tapak berakhir sehingga jam 4.30 petang. Manakala bagi hari berikutnya, dokumen sebut harga akan dijual mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Jabatan Perolehan.


 
Bidang  :
G3-ME-M01 (Sistem Hawa Dingin dan Pengedaran Udara) Dan
G3-ME-M02 (Sistem Pencegahan dan Perlindungan Kebakaran)
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 50.00
Kategori : Kerja-Kerja
Buka: 18-09-2024
Tutup: 02-10-2024 
Masa: 12.00pm
          
Muat turun
3 SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF STUDIO KREATIF PERSATUAN KEBUDAYAAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA DI ARAS BAWAH BANGUNAN KEJURUTERAAN, PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: S/1803/9/2024(12)

Maklumat Tambahan: Maklumat Tambahan:

1) Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN seperti berikut:-
Tarikh : 24 September 2024 (10.00 pagi)
Tempat : Bilik Muzakarah, Jabatan Perolehan, PPUM

2) Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa lawatan tapak:-

a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
b) Kad Pengenalan
c) Cop Syarikat
d) Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang masih sah tempoh
lakunya.
e) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang masih sah tempoh lakunya.

3) Hanya PENAMA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di dalam Sijil PPK & SPKK sahaja boleh menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak.

4) Dokumen sebut harga akan dijual selepas sesi lawatan tapak berakhir sehingga jam 4.30 petang. Manakala bagi hari berikutnya, dokumen sebut harga akan dijual mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Jabatan Perolehan.

 
Bidang  :
G1-B-B04 (Kerja-kerja Pembinaan Bangunan)
Taraf : BUMIPUTERA
Harga : RM 10.00
Kategori : Kerja-Kerja
Buka: 18-09-2024
Tutup: 02-10-2024 
Masa: 12.00pm
          
Muat turun



SYARAT-SYARAT UMUM YANG PERLU DIPATUHI:

1. Syarikat yang pertama kali berminat ingin menyertai sebut harga / tender di PPUM DIWAJIBKAN untuk mendaftar di Kaunter Jabatan Perolehan, PPUM bagi mendapatkan akses Sistem iPerolehan PPUM dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00.

- Sila muat turun dan lengkap borang [BORANG PENDAFTARAN] dan dibawa bersama sewaktu pendaftaran di Kaunter Jabatan Perolehan, PPUM

2. Pembelian dokumen sebut harga / tender perlu dibuat di Kaunter Jabatan Perolehan sahaja kecuali sekiranya lawatan tapak diwajibkan. Pembelian dokumen akan dibenarkan setelah lawatan tapak selesai.

3. Pendaftaran syarikat dan pembelian dokumen sebut harga / tender DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sijil-sijil berikut (sekiranya berkaitan) yang masih berkuatkuasa tempoh sah laku dan telah memuat naik dokumen terkini yang disahkan BENAR (setiap helaian dokumen) di dalam Sistem iPerolehan https://iperolehan.ummc.edu.my sebelum dibenarkan membeli dokumen sebut harga / tender:

i) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF):
a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera

ii) Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB):
a) Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK)
b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

iii) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK):
a) Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja

4. Kaedah pembayaran pendaftaran syarikat dan pembelian dokumen sebut harga / tender adalah secara Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA dan tidak akan dikembalikan.

5. Dokumen yang telah dibeli akan dihantar melalui e-mel syarikat yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.

6. Dokumen sebut harga / tender WAJIB dilengkapkan secara dalam talian (Online) dan penyerahan sampel berkaitan (sekiranya ada) perlu dihantar sebelum atau pada tarikh dan masa yang dinyatakan di dalam iklan.

- Sila pastikan tempoh sahlaku harga tawaran adalah seperti berikut:

   6.1. 120 hari dari tarikh tutup iklan untuk tender.

   6.2. 90 hari dari tarikh tutup iklan untuk sebut harga.

7. Iklan akan DITUTUP pada tarikh tutup iklan yang dinyatakan pada jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan.

8. Penghantaran dokumen (manual) dan penerimaan sampel (sekiranya ada) di kaunter Jabatan Perolehan TIDAK akan diterima selepas tarikh tutup iklan dan masa tutup iklan.

9. Sekiranya pihak PPUM memerlukan penjelasan lanjut atau maklumat tambahan daripada syarikat semasa proses penilaian TENDER / SEBUT HARGA dilaksanakan, PPUM akan mengemukakan makluman secara bertulis kepada syarikat setelah kebenaran diperolehi daripada Pengerusi Lembaga Perolehan / Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga.

10. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan penyertaan tender / sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

11. Waktu perkhidmatan di Jabatan Perolehan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang pada waktu pejabat.





ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my