Arkib Berita



Mac   2016


  
MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN PPUM 2016
 Dikemaskini Pada: 3/31/2016
 30 Mac 2016

Hari ini telah berlangsung Majlis Penghargaan Perkhidmatan PPUM 2016 hari pertama yang meraikan warga PPUM yang telah dinilai sebagai pekerja cemerlang sepanjang perkhidmatan bagi tahun 2015. YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM hadir merasmikan dan menyampaikan anugerah kepada 336 orang penerima warga PPUM yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jabatan. Dari jumlah itu, 29 penerima adalah dari kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala baki 207 penerima adalah dari kumpulan Pelaksana.

Pada tahun ini, Anugerah Khas Pengarah telah diberikan kepada Prof. Madya Dr. Mohd. Nahar Azmi bin Mohamed, Ketua Jabatan Perubatan Kesukanan dan Puan Maznah binti Isa, Pengetua Kolej Sains Kesihatan PPUM. Manakala Anugerah Khas Sukan telah disandang oleh pasukan bola sepak PPUM iaitu PPUM FC. Anugerah khas ini diberikan atas pencapaian memberangsangkan sepanjang tempoh perkhidmatan penerima.

Turut hadir sama meraikan para penerima anugerah pada hari ini, adalah Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan PPUM....

  
LAWATAN AMAL MSSAAS
 Dikemaskini Pada: 3/30/2016
 Pada 28 Mac 2016 yang lalu, delegasi dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam, Selangor telah hadir ke Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak (KKWK), PPUM untuk menziarahi anak-anak kecil, para pesakit kanak-kanak di wad pediatrik.

Delegasi MSSAAS turut menyampaikan hadiah untuk membantu menggembirakan dan memberi semangat agar anak-anak kecil ini segera sembuh....

  
MESYUARAT AGUNG PKPPI
 Dikemaskini Pada: 3/30/2016
 

Pada 26 Mac 2016 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam (PKPPI) kali ke-44. Perasmian telah disempurnakan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, yang juga merangkap Penaung PKPPI.
...

  
SAMBUTAN HARI KESEDARAN KEMURUNGAN 2016
 Dikemaskini Pada: 3/23/2016
 23 MAC 2016

Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya buat julung kalinya menganjurkan Sambutan Hari Kesedaran Kemurungan 2016 peringkat kebangsaan di Konkos, Menara Utama, PPUM. Dengan tema, "Kemurungan, Kesedaran, Kebangkitan", program ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kesan langsung kemurungan terhadap tahap kesihatan mental seseorang.

Acara yang dirasmikan oleh Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM ini turut dihadiri oleh, Prof. Dr. Zuraida, Pengerusi Persatuan Psikiatri Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Hatim, Ketua Jabatan Perubatan Psikologi PPUM dan Timbalan-timbalan Pengarah PPUM.

Penganjuran program kali ini diketuai oleh Yang Berusaha, Dr. Abd Rasyid dengan pelbagai pengisian menarik sepanjang hari, antaranya, seminar terbuka mengenai kesedaran kemurungan, pameran dan cabutan bertuah.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini!

https://www.facebook.com/UMMCKL/posts/10153495382326463

...

  
LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH PELAJAR DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN UNIKL
 Dikemaskini Pada: 3/23/2016
 22 MAC 2016

14 orang pelajar Diploma Pembantu Perubatan dari UniKL berpeluang menimba ilmu dalam sebuah lawatan sambil belajar ke unit rawatan ortopedik di Jabatan Perubatan Kecemasan. Para pelajar turut berkesempatan meninjau suasana di wad ortopedik 8U dan di Klinik Ortopedik, Menara Utama.

https://www.facebook.com/UMMCKL/posts/10153495336111463
...

  
LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH UCSI
 Dikemaskini Pada: 3/22/2016
 Para Pelajar Diploma Kejururawatan dari Universiti UCSI mengadakan lawatan sambil belajar ke Wad Onkologi Pediatrik, Wad Geriatrik dan Klinik Perawatan Luka untuk melihat lebih dekat secara langsung cara kerja para jururawat dan petugas di setiap lokasi tersebut.

Para pelajar antarabangsa ini diberikan bimbingan dan demonstrasi sebenar oleh para pegawai kejururawatan, ketua jururawat dan jururawat PPUM yang sentiasa bersedia melayani lawatan sebegini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan sambil belajar yang ringkas dan singkat ini akan memberi manfaat.

...

  
MAKLUMAN - WAKTU OPERASI BARU DI KLINIK RAWATAN UTAMA (RUKA)
 Dikemaskini Pada: 3/15/2016
 KEPADA PARA PELANGGAN YANG DIHORMATI,
BERKUAT KUASA 14 MAC 2016, PENDAFTARAN PESAKIT TANPA TEMU JANJI (WALK-IN) DI KLINIK RAWATAN UTAMA (RUKA) ADALAH PADA WAKTU PAGI SAHAJA.
SESI KLINIK PADA WAKTU PETANG ADALAH DIKHASKAN HANYA UNTUK PESAKIT YANG MEMPUNYAI TEMU JANJI.

PENGARAH
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA


WAKTU OPERASI BARU DI KLINIK RAWATAN UTAMA (RUKA) ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. SESI KLINIK PAGI BAGI PESAKIT TANPA TEMUJANJI (WALK-IN): 8:00 PAGI HINGGA 12:00 TENGAHARI
2. SESI KLINIK PETANG UNTUK PESAKIT DENGAN TEMUJANJI : 2:00 PETANG HINGGA 4:30 PETANG

PARA PESAKIT YANG HADIR SELEPAS JAM 12:00 TENGAHARI, ADALAH DINASIHATKAN HADIR KEESOKAN HARI SEBELUM JAM 12:00 TENGAHARI....

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my