ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Oktober 2018
Dikemaskini Pada: 10/30/2018
PPUM telah menerima pelawat yang terdiri dari 20 orang pelajar Master Kejururawatan dan 8 orang pensyarah Kejururawatan, Yayasan Kartika Eka Paksi, Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan, Jenderal Achmad Yani, Jawa Barat, Indonesia pada 30 Oktober 2018.
Objektif lawatan adalah menambah pengetahuan mengenai pengurusan dan penjagaan perawatan pesakit di PPUM. Mereka juga bertukar dan berkongsi pandangan di dalam bidang perawatan terutamanya yang melibatkan bidang kejururawatan. Selain dari taklimat, pelawat juga telah dibawa melawat ke wad-wad, Jabatan Perubatan Kecemasan, Dewan Bedah. Terima kasih pelajar dan pensyarah Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Jenderal Achmad Yani kerana memilih PPUM untuk dilawati.
...Dikemaskini Pada: 10/30/2018
<p>Dua siri Bengkel Kepimpinan, "The Leadership: Journey To The Top: Making it Happen" telah diadakan pada 21 hingga 23 September 2018 (Part 1) dan 26 hingga 28 Oktober 2018 (Part 2) di Everly Hotel, Putrajaya. Penceramah kursus adalah Professor Emeritus Dato'' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman. Seramai lebih kurang 30 orang Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, PPUM telah menghadiri kursus ini. Di antara matlamat kursus adalah untuk melatih pemimpin dan bakal pemimpin untuk menerajui organisasi pada masa depan, persediaan Jabatan dan pihak pengurusan dalam penyediaan staff profiling, satu usaha untuk agenda succession planning yang telah dirangka dan berkongsi pengalaman dan idea bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan untuk menjadi pemimpin yang berkarisma serta menjadi inspirasi kepada lain-lain staf-staf. Diharap peserta kursus dapat menambah pengetahuan, memahami hala tuju, berkemahiran, berkeperibadian positif, menyumbang dan memberi, membuat keputusan yang tepat dan adil dalam memimpin untuk kecemerlangan organisasi. We do our best, Allah will do the rest.</p>...
Dikemaskini Pada: 10/29/2018
Statistik PDRM menunjukkan sejumlah 62,670 kes keganasan rumahtangga telah dilaporkan dari tahun 2000 sehingga Januari 2017 dengan anggaran purata lebih kurang 3,800 kes setahun, iaitu 323 kes sebulan dan anggaran 10 kes sehari bagi kes keganasan terhadap isteri atau suami. Statistik juga menunjukkan peningkatan kes dari tahun ke tahun dan ini sangat membimbangkan kita. Oleh itu hadirin yang hadir pada pagi tersebut untuk bersama-sama membenteras keganasan rumahtangga dan bersama membantu mangsa-mangsanya.
Disamping itu, larian 5km against domestic violence yang dianjurkan pada 27 Oktober 2018 ini adalah salah satu program riadah dan santai bersama masyarakat agar rakyat Malaysia terus kekal sihat dan cergas untuk berbakti kepada negara. Larian ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
...Dikemaskini Pada: 10/29/2018
Program 4R (Rehab Race, Run & Ride) 2018, merupakan satu program yang julung kalinya melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU), orang awam dan warga PPUM yang dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Matlamat utama program ini adalah untuk menerapkan semangat kekeluargaan bagi mengurangkan jurang diskriminasi OKU dengan masyarakat awam. Di samping itu juga untuk meningkatkan penerimaan orang awam terhadap kemampuan OKU selaras dengan tema yang dipilih iaitu Inclusion For All.
Perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid Abd Samad , Menteri Wilayah Persekutuan pada 27 Oktober 2018 di Taman Botani, Putrajaya. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) dan Prof. Madya Dr. Julia Patrick Engkasan, Ketua Jabatan Perubatan Permulihan dari Pusat Perubatan Univerisiti Malaya dan YBhg Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya
Jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah seramai 359 peserta yang menyertai acara larian, berbasikal dan berkerusi roda. Bilangan peserta berdasarkan kategori adalah 65 orang OKU , 255 orang staf PPUM & orang awam serta 39 orang kanak-kanak. Semua peserta yang menyertai acara menerima t-shirt, medal, makanan dan “goodies bag” dan sijil berbentuk e-sijil. Hadiah juga disediakan bagi pemenang pertama hingga ketiga bagi Lelaki dan Wanita dari setiap kategori.
Pelbagai aktiviti seperti senamrobik, pameran, kuiz, ‘fun games’ dan ‘food truck’ juga disediakan. Hasil dari larian 4R akan disumbangkan kepada Kelab Asma Kanak-Kanak dan Tabung PPUMCare.
...Dikemaskini Pada: 10/29/2018
Pada 25 Oktober 2018, telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi tahun 2018. Tahniah dan syabas kepada semua graduan. Segala usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran akhirnya membuahkan hasil. Semestinya perasaan gembira jelas terpapar di wajah 318 graduan dan ibubapa dalam meraikan hari yang bersejarah dan penuh bermakna ini.
Kejayaan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Hajjah Dr. Aishah Ong, Pro Canselor Universiti Malaya di atas keprihatinan serta sudi hadir menganugerahkan diploma lanjutan, diploma dan sijil kepada para graduan tahun 2018.
...Dikemaskini Pada: 10/26/2018
Strok adalah keadaan dimana kurangnya pengaliran darah ke otak sehingga menyebabkan kematian otak atau kekurangan fungsi otak. Di Malaysia, statistik menunjukkan strok merupakan punca kematian ketiga terbanyak selepas penyakit jantung dan kanser. Sehubungan itu, bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit strok, PPUM telah mengadakan sambutan Hari Strok Sedunia peringkat PPUM buat kali pertamanya pada 24 Oktober 2018 anjuran Bahagian Neurologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Pemulihan, Jabatan Pengimejan Perubatan dan Jabatan Kejururawatan.
Majlis diadakan bagi meningkatkan kesedaran terutamanya mengenai rawatan awal dan membantu pesakit strok membina keyakinan diri agar mereka dapat hidup secara normal dan berdikari. Aktiviti ceramah oleh oleh pakar-pakar mengenai strok dan pameran turut diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh YM. Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidib, Pengarah PPUM. Seramai 150 orang yang terdiri daripada staf dan orang awam turut hadir ke majlis ini.
...Dikemaskini Pada: 10/29/2018
Date : 7 November 2018
Time : 8:30am - 4:00pm
Venue : Concourse Lobby, Main Tower, University Malaya Medical Centre
Click here for more info...
...Dikemaskini Pada: 10/18/2018
Terima kasih diucapkan pada Syarikat Gerbang Restaurants Sdn Bhd, McDonald''s kerana sudi mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik PPUM pada harini dengan memberikan cenderahati kepada pesakit di wad tersebut. Jelas kelihatan lawatan ini sedikit sebanyak memberi senyuman kepada para pesakit di samping menghiburkan hati mereka dengan kehadiran Ronald McDonald. Semoga lawatan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
...Dikemaskini Pada: 10/16/2018
Telah berlangsungnya pada hari ini Malaysian Dietitians Day peringkat PPUM bertempat di Konkos, Menara Utama PPUM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Bertemakan Empowering Kids to Eat Better adalah sangat bersesuaian dengan persekitaran semasa untuk memastikan generasi lebih sihat di masa akan datang.
...Dikemaskini Pada: 10/16/2018
Pada 15 Oktober 2018, kita telah menerima lawatan dari Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia untuk melihat perkhidmatan yang di sediakan di PPUM.Beliau berkesempatan untuk melawat beberapa lokasi iaitu Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Perubatan Pemulihan, Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi dan Command Centre. Turut bersama ketika lawatan ialah Datuk KSU YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, YBhg. Datin Paduka Ir. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM dan Naib Canselor UM, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat kerana sudi melawat PPUM.
...Dikemaskini Pada: 10/12/2018
Pada 12 Oktober 2018, telah berlangsungnya Hari Fisioterapi Sedunia Peringkat PPUM yang dirasmikan oleh Yang Mulia Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Majlis ini diadakan di Konkos, tingkat bawah, Menara Utama PPUM. Sambutan ini bertemakan “Physical Theraphy and Mental Health” bertujuan untuk memberi pendidikan, informasi dan maklumat mengenai perkhidmatan rawatan fisioterapi yang berteknologi tinggi yang terdapat di PPUM. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan fisioterapi dan Pemulihan seperti pameran, pertunjukan video, jualan produk pemulihan dan booth khidmat nasihat mengenai fisioterapi telah diadakan serta dihadiri oleh lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada staf fisioterapi, pesakit dan orang awam.
Semoga sambutan Hari Fisioterapi Sedunia yang disambut ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat mengenai perkhidmatan fisioterapi khususnya di PPUM.
...Dikemaskini Pada: 10/10/2018
Pada 10 Oktober 2018, telah berlangsungnya Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2018 Peringkat PPUM. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai bertempat di Auditorium Tingkat 13 Menara Selatan PPUM. Melalui program seperti ini, PPUM berharap agar dapat mempromosi, menyumbang, memberi ilmu pengetahuan dan khidmat masyarakat dan sekaligus mengurangkan stigma negatif terhadap penyakit mental ini dalam kalangan masyarakat.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang Berhormat Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil kerana memberi sokongan pada majlis yang dianjurkan oleh PPUM.
...Dikemaskini Pada: 10/10/2018
Pada 9 Oktober 2018, telah diadakan lawatan ke Wad Pediatrik oleh Komuniti McDonald’s dan RMHC Malaysia. Tujuan lawatan ini adalah untuk membawa sinar keceriaan buat kanak-kanak yang berada di wad, di samping menyampaikan serba sedikit buah tangan seperti barang permainan dan bahan bacaan. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat dan semoga lawatan seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
...Dikemaskini Pada: 10/9/2018
Pada 9 Oktober 2018, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pink Oktober 2018 Peringkat PPUM . Barah payudara merupakan kanser dan ketumbuhan yang tertua di dunia yang diketahui oleh manusia dan juga merupakan barah paling meluas dalam kalangan wanita. Semoga program ini dapat memberi informasi dan maklumat kepada warga PPUM khususnya dan pesakit pesakit serta orang awam amnya agar mendapatkan rawatan awal sebelum terlambat.
...Dikemaskini Pada: 10/5/2018
Program Infaq Pemangkin (Food For The Needy) adalah salah salah program anjuran Pemangkin PPUM untuk membantu staf PPUM yang benar-benar memerlukan bantuan makanan asas dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Program ini telah dirasmikan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM pada 5 Oktober 2018 di Jabatan Perhubungan Korporat. Program ini berjaya dilaksanakan dan direalisasikan hasil dari sumbangan oleh staf-staf PPUM sendiri. Bagi mereka yang ingin menyumbang boleh menghulurkan sumbangan dalam bentuk keperluan asas atau wang tunai ke Jabatan Perhubungan Korporat.
Sila berhubung terus dengan Ustaz Mohd Shazni Bin Abdullah di alamat e-mel shazni@ummc.edu.my atau di talian (samb: 2543). Semoga usaha murni ini akan berterusan dan sama-sama kita menjayakan dalam membantu staf-staf PPUM yang amat memerlukan.
...Dikemaskini Pada: 10/5/2018
Pada 5 Oktober 2018, YB Tuan Haji Shamsul Firdaus bin Mohamed Supri, Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Medan telah mengadakan lawatan dan perbincangan dengan pihak Pengurusan PPUM mengenai Community Engagement Program yang boleh dilaksanakan terutamanya untuk masyarakat Kampung Medan.
Diharap kerjasama di antara wakil rakyat dan PPUM akan memberi impak yang tinggi untuk kesejahteraan masyarakat terutamanya di dalam bidang kesihatan.
...Dikemaskini Pada: 10/15/2018
Program : SIJIL ANGIOGRAFI & INTERVENSIONAL RADIOLOGI
Tempoh Program : 5 bulan (Sepenuh Masa)
Tarikh Program : 14 JANUARI 2019 HINGGA 31 MEI 2019
Program : SIJIL ULTRASONOGRAFI PERUBATAN
Tempoh Program : 5 bulan (Sepenuh Masa)
Tarikh Program : 14 JANUARI 2019 HINGGA 31 MEI 2019
klik disini untk maklumat IKLAN SIJIL ANGIOGRAFI
klik disini untk maklumat IKLAN SIJIL ULTRASONOGRAFI
klik disini untuk Borang PermohonanDikemaskini Pada: 10/9/2018
Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :
Program : SIJIL TEKNIK BIOLOGI MOLEKUL
Tempoh Program : 5 bulan (Sepenuh Masa)
Tarikh Program : 14 JANUARI 2019 HINGGA 31 MEI 2019
Tempat Program : Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Program : SIJIL TEKNOLOGI PERFUSI
Tempoh Program : 5 bulan (Sepenuh Masa)
Tarikh Program : 14 JANUARI 2019 HINGGA 31 MEI 2019
Tempat Program : Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
klik disini untk maklumat SIJIL TEKNIK BIOLOGI MOLEKUL
klik disini untk maklumat SIJIL TEKNOLOGI PERFUSI
klik disini untuk Borang Permohonan
...Dikemaskini Pada: 10/7/2018
Permohonan adalah dipelawa kepada semua agensi Kerajaan / Badan Berkanun dan Organisasi Swasta untuk memohon bagi mengikuti latihan / program berikut :
Program : SIJIL PERAWATAN RENAL
Tempoh Program : 6 bulan (Sepenuh Masa)
Tarikh Program : 14 Januari 2019 – 14 Julai 2019
Tempat Program : Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
klik disini untuk maklumat lanjut
klik disini untuk borang permohonan
...Dikemaskini Pada: 10/4/2018
Pada 4 Oktober 2018, telah berlangsungnya perasmian International Day of Older Persons 2018 yang diadakan di Konkos, Menara Utama Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bertemakan “Championing Life and Defying Age”, tujuan ianya diadakan adalah untuk menggalakkan masyarakat agar warga emas dihargai dan diakui sebagai masyarakat yang mempunyai peranan penting dan aktif dalam keluarga serta masyarakat mereka.
Pada tahun ini, majlis telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Isteri Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Yang Amat Berbahagia Toh Puan Aishah Ong, Pro- Canselor Universiti Malaya serta 4 tetamu jemputan khas sebagai ikon iaitu Yang Berbahagia Datin Paduka Mother A Mangalam, Yang Berbahagia Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr Augustine Ong Soon Hock, Yang Berbahagia Dato’ Faridah Merican dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Yim Khai Kee.
Semoga majlis ini dapat memberi informasi dan pendedahan kepada masyarakat akan pentingnya peranan warga emas.
...Dikemaskini Pada: 10/2/2018
Pada 1 Oktober 2018, perkhidmatan Kafetaria@PKPPI dengan rakan kongsi baru iaitu Syarikat THB Global Venture (M) Sdn. Bhd telah mula beroperasi. Kafetaria@PKPPI telah dirasmikan oleh YM Prof. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku, Pengarah PPUM dan disaksikan oleh Dato'' Ahmad bin Hj. Abas, Pengarah Urusan dan juga Ketua-Ketua Jabatan PPUM.
Pelbagai menu boleh didapati di kafeteria tersebut seperti kuih-muih, pelbagai lauk-pauk, menu ala-carte dan pelbagai jenis minuman. Sila hadir ke Kafeteria@PKKPI dan menikmati juadah yang disediakan dengan harga yang berpatutan.
...Dikemaskini Pada: 10/3/2018
Saringan mata secara percuma
Tarikh : 20 Okt 2018 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 12 tengahari
Tempat : Klinik Mata (Tingkat Bawah)
Dikemaskini Pada: 10/1/2018
Pada 1 Oktober 2018 PPUM telah menerima kunjungan delegasi dari Renji Hospital Shanghai. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di samping membina kerjasama yang baik dari semasa ke semasa. Selain itu, mereka juga turut berkesempatan melawat Wad Pediatrik 7PA, Wad Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Wad 7U.
Semoga lawatan dan usaha kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang.
...Dikemaskini Pada: 10/1/2018
1 Oktober 2018
Sukacitanya kami merujuk kepada artikel bertajuk “University hospital known as UH has endless construction going on (Sebuah Hospital Universiti dikenali sebagai UH yang tidak pernah lekang dengan kerja-kerja pembinaan)” yang kononnya disiarkan di Malaysiakini namun tidak dapat ditemui di laman tersebut.
Pada dasarnya, artikel ini membuat dakwaan yang begitu serius terhadap pengurusan penyelenggaraan fasiliti seperti lif dan tandas (menurut pengarang ianya tidak ubah seperti fasiliti negara dunia ketiga). Artikel ini turut mendakwa tentang harga jualan di kantin begitu mahal (kami andaikan sebegini apabila ia dinyatakan sebagai “sangat tidak munasabah”) manakala caj meletak kenderaan yang begitu tinggi dikenakan kepada pesakit dikaitkan dengan isu pemberian tender kepada kroni. Pengarang turut mendakwa belia mendapat maklumat kononnya ada kroni yang membuat keuntungan dari perkhidmatan parkir, dan “lintah darat” ini mengaut keuntungan dari orang awam.
Berikut adalah jawapan balas dari pihak PPUM:
1. Artikel ini, biarpun didakwa kononnya diterbitkan di laman Malaysiakini, namun tidak dapat ditemui di mana-mana terbitan laman web tersebut. Justeru, kami tidak dapat memastikan kesahihan maklumat serta dakwaan yang diutarakan oleh pengarang.
2. Kami menganggap bahawa pengarang merujuk “Hospital Universiti” yang dimaksudkan sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana gelaran “University Hospital” (UH) tidak lagi digunapakai sejak hampir 2 dekad lalu.
3. Berkaitan isu “tidak pernah lekang dengan kerja-kerja pembinaan”, PPUM tidak pula menjalankan sebarang kerja pembinaan berskala besar kecuali bagi bangunan yang bakal dikenali sebagai “Plaza”. Perancangan pembinaan Plaza ini adalah khusus bagi melancarkan aliran keluar masuk trafik dan pesakit pada masa akan datang kerana peningkatan jumlah aliran manusia ke PPUM begitu mendadak sejak 10 tahun lalu dan dijangka meningkat bagi tempoh 10 tahun akan datang. Kerja-kerja pembinaan lain yang sedang berjalan cumalah kerja-kerja menaik taraf fasiliti usang seperti Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Kardiak, Wad-wad Penyakit Berjangkit, serta kemudahan akses bagi pesakit dan pelawat seperti laluan pejalan kaki yang lebih besar, pencahayaan yang lebih baik, penggantian bumbung yang bocor, kemudahan akses pengguna kerusi roda dan orang cacat penglihatan, dan banyak lagi. Perlu diingatkan bahawa, PPUM telah beroperasi lebih 50 tahun dan kebanyakan fasiliti telah begitu lama dan usang, seperti kemudahan tandas serta lif seperti yang dinyatakan oleh pengarang. Maka, kerja-kerja menaik taraf adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan adalah perlu dilaksanakan demi kemaslahatan para pesakit, kini dan masa depan. Juga perlu diingatkan bahawa, sewaktu siap dibina, PPUM hanya merawat sekitar 50,000 pesakit setahun sedangkan kini, PPUM menerima lebih 1.1juta pesakit setahun dengan jumlah pesakit luar sahaja melebih 5,000 orang sehari. Hospital ini perlu dinaiktaraf dan ditambahbaik dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan permintaan pesakit serta orang awam, lantas menyediakan perkhidmatan perawatn sebaik mungkin kepada pelanggan.
4. Dari segi fasiliti, dakwaan pengarang bahawa “kebiasaannya, lif tidak berfungsi” adalah tidak benar. Kami mempunyai data yang menunjukkan bahawa dalam kebanyakan masa lif-lif kami berfungsi dengan baik. Namun kami tidak menafikan adakalanya, ia kerap rosak. Hakikatnya, terdapat beberapa lif yang telah lama beroperasi manakala terdapat juga lif yang beroperasi melebihi had kerana kekerapan tinggi membawa pesakit serta peralatan hospital naik dan turun setiap hari. Terdapat kelewatan dalam beberapa kerja pembaikan lif tersebut, namun ini bukanlah soal kekangan kewangan atau kekurangan kepakaran. Hal ini adalah berkaitan soal keselamatan dan peralatan khas di bawah pemantauan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Di bawah peruntukan undang-undang, hanya pihak vendor/operator (penyelenggara lif) dibenarkan melakukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan lif. Dalam beberapa kejadian, pihak vendor/operator mengambil masa beberapa bulan untuk mendapatkan alat ganti sehingga menyebabkan kelewatan pembaikan, bukan disebabkan oleh pihak PPUM. Kami telah mengambil pelbagai langkah penyelesaian sementara dan jangka panjang bagi menangani masalah ini termasuklah menyediakan khidmat penjaga lif, biarpun kesan positif dapat dilihat, namun jumlah aliran orang ramai menggunakan lif adalah di luar kawalan dan mengatasi setiap langkah penambahbaikan yang telah diaturkan.
5. Manakala bagi isu tandas kelihatan “tidak ubah seperti di negara dunia ketiga”, kami memberi jaminan bahawa tandas dicuci dan diselenggara dengan kerap. Biarpun kami berhasrat melakukan pembaikan besar-besaran terhadap kemudahan tandas, kami tidak dapat melaksanakannya secara serentak kerana kami juga perlu memastikan kemudahan disediakan kepada orang awam. Namun apa yang cukup dikesali adalah, kebanyakan tandas yang telah selesai dinaik taraf, ia tidak akan bertahan lama sebelum ia rosak, mangkuk tandas pecah atau ditinggalkan dengan kesan tapak kasut. Salah laku vandalisme adalah salah satu masalah besar yang kami hadapi di PPUM dengan kes-kes kecurian pam tandas, injap, kepala paip dan sebagainya berlaku dengan begitu kerap. Hal ini menyebabkan PPUM terpaksa memperuntukkan ribuan ringgit setiap tahun untuk membaiki kerosakan dan mengganti kehilangan tersebut. Para pekerja pembersihan telah dijadualkan untuk membuat kerja-kerja pembersihan setiap 15 minit (dengan data yang direkodkan) di tandas-tandas yang kerap digunakan. Data-data ini boleh disemak jika perlu. Justeru, saya akui dakwaan tidak ubah seperti negara dunia ketiga, namun bukanlah pada kemudahan tandas, tetapi kepada sikap dan mentaliti pengguna itu sendiri. Tandas- tandas ini kelihatan seperti di negara dunia ketiga dek keran sikap para pengguna terbabit seperti gambar yang disertakan.
6. PPUM tidak mempunyai kantin. Di PPUM terdapat medan selera, kedai bakeri, restoran dan kafeteria. Merujuk kepada penggunaan istilah “kantin”, kami beranggapan pengarang memaksudkan “cafeteria” yang juga dikenali sebagai “Food Street” iaitu tempat makan yang disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang berkemampuan. Harga makanan dan minuman di sini adalah di bawah pemantauan dan kami yakin ianya adalah berpatutan dan lebih rendah berbanding yang lain. Bagi tempat makan yang lain seperti MakCik, Secret Recipe, Gloria Jean dan sebagainya yang merupakan syarikat rantaian makanan besar, caj yang dikenakan adalah tertakluk kepada caj sama yang dikenakan di seluruh negara. Adalah tidak munasabah sekiranya ia didakwa lebih mahal di PPUm berbanding dengan cawangan di tempat lain. Sehubungan itu, kos sewaan ruang yang tinggi bukanlah suatu isu berkaitan harga yang tinggi berbanding cawangan lain.
7. Mengenai isu parkir, PPUM telah menswastakan perkhidmatan parkir kepada Metro Parking sejak lebih 4 tahun lalu. Hal ini dilakukan atas keperluan syarikat professional untuk menyediakan perkhidmatan parkir bagi memenuhi permintaan orang awam. Ini juga kerana parkir bukanlah perkhidmatan asas yang ditawarkan oleh PPUM. Proses pemilihan syarikat telah dilaksanakan mengikut piawaian dan syarat yang dikenakan oleh kerajaan, serta dilakukan di UM Holdings. Terdapat 8 syarikat yang bersaing dalam bidaan dan pemilihan dibuat berdasarkan reputasi pengalaman serta amalan terbaik. Caj parkir di PPUM adalah RM2 setiap satu jam dan kadar rata RM8 selepas jam 6 petang. Berbanding di Hospital Kuala Lumpur (HKL) caj yang dikenakan adalah RM 2 bagi jam pertama dan RM1 bagi setiap jam yang berikutnya. Di Institut Jantung Negara (IJN) kadar caj RM3 dikenakan bagi jam yang pertama dan RM1.50 bagi jam yang berikutnya, namun menawarkan ruang parkir tidak berbumbung kepada pelawat. Kadar diskaun yang didakwa oleh pengarang hanyalah diberikan kepada pesakit yang menerima rawatan di sini dan caj tersebut adalah bersekali dengan bil rawatan pesakit. Di seberang jalan PPUM, satu kawasan parkir tidak berbumbung, dibuka untuk orang awam dengan kadar caj RM1 sejam, dan kadar rata selepas waktu pejabat. Jika dibandingkan dengan kemudahan parkir di tempat lain di sekitarnya, seperti Hospital Pantai dengan caj RM3/jam, Jaya One dengan kadar RM3 bagi 2 jam pertama dan RM 3 bagi jam yang berikutnya, Amcorp Mall dengan kadar RM3 bagi jam pertama dan RM2 bagi jam berikutnya; kadar caj yang dikenakan oleh pengendali perkhidmatan parkir kami tidaklah begitu tinggi seperti yang didakwa oleh pengarang.
8. Salah satu sebab kadar caj PPUM adalah sedikit tinggi kerana jumlah lot parkir yang terhad. Ini juga bagi mengelakkan sesetengah pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab meninggalkan kenderaan mereka di parkir PPUM unutk tempoh masa yang terlalu lama dan melampaui batas. Semasa kadar parkir adalah RM1 sejam, terdapat beberapa kenderaan yang senagaj ditinggalkan di PPUM untuk jangka masa yang lama dan menggunapakai sehingga 20% lot parkir. Dengan jumlah 4,000 hingga 5,000 (kadangkala lebih lagi) pesakit luar setiap hari, PPUM hanya boleh menyediakan 1,000 parkir pada satu-satu masa. Ini tidak termasuk keperluan 5,000-10,000 pelawat, rkira-kira 2,000 pelajar dan hampir 6,000 staf yang juga memerlukan kemudahan parkir setiap hari. Untuk itu, kami perlu memastikan jumlah parkir adalah mencukupi setiap kali dan segera dikosongkan apabila diperlukan. Denga kadar caj yang dikenakan, hal ini boleh dilaksanakan.
9. PPUM sedia maklum dengan kekurangan kemudahan parkir ini serta telah menyediakan beberapa kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagi menempatkan klinik pesakit luar di sebuah kompleks rawatan khusus dengan kemudahan parkir 2,000-2,5000 namun masih belum dapat direalisasikan biarpun telah dicadangkan sejak 3 tahun yang lalu. Ketua Pengarah EPU sendiri telah hadir melihat sendiri situasi di PPUM yang amat perlu menyediakan keperluan fasiliti baharu tersebut. himself has made a visit to see the condition in UMMC which desperately needs this new facility. Beliau menyatakan sokongan terhadap rancangan tersebut namun tidak boleh memberi jaminan berdasarkan keadaan semasa yang ia boleh dilaksanakan. Beberapa cadangan lain seperti perkhidmatan pengangkutan eco-bus, park and ride beberapa tahun lalu juga tidak dipertimbangkan.
10. Akhir sekali, tuduhan yang paling serius dan perlu diberi jawapan balas adalah mengenai wang yang dijana dari sewaan ruang serta pemberian kontrak kepada syarikat perkhidmatan parkir adalah diberikan kepada kroni serta eksploitasi keuntungan oleh sesorang yang tidak bertanggungjawab. Kmai bersedia menghadapi sebarang siasatan berkaitan perkara ini kerana setiap proses penilaian, pemilihan dan transaksi adalah dilakukan secara telus. Setiap proses yang dibuat adalah dimaklumkan kepada Jabatan Aundit Negara dan Kementarian Pendidikan Tinggi Malaysia (kini Kementerian Pendidikan Malaysia) melalui pelbagai saluran, justeru tiada sebarang perbuatan menyalahi undang-undang seperti dakwaan pengarang. Hasil yang dikutip dari syarikat-syarikat dikembalikan untuk kegunaan hospital, untuk rawatan pesakit dan dikategorikan sebagai “sumber dalaman”. Perlu difahami bahawa, geran kerajaan yang diperuntukkan kepada PPUM (misalnya pada 2018) adalah kira-kira RM400juta setahun (RM312juta adalah bagi pembayaran gaji) serta keperluan operasi kira-kira RM560juta setahun (dengan bantuan geran kerajaan). PPUM menggunakan sumber kewangan dari hasil seperti perkhidmatan parkir, serta sewaan ruang bagi mencukupkan keperluan kewangan untuk perkhidmatan rawatan, radiologi, endoskopi dan lain-lain yang diperlukan oleh pesakit kerana hampir keseluruhan pesakit di PPUM adalah pesakit yang menerima subsidi. Ini boleh dilihat berdasarkan caj rendah yang dikenakan kepada pesakit. Sebagai contoh, kadar caj katil di wad ICU adalah RM80 semalam berbanding RM2,500 atau lebih di hospital swasta, konsultasi pada kadar serendah RM5-15 berbanding RM75 atau lebih, pembedahan kecil bagi kes “trigger finger” pada kadar RM40 berbanding RM1,500 atau lebih di hospital swasta dan lain-lain lagi. Kadar-kadar caj ini dan hasil yang dikutip oleh PPUM adalah dinyatakan dengan jelas dalam laporan tahunan kami, dikemukakan dan sedia untuk dibaca di laman web kami. Sehubungan itu, apabila pengarang menyatakan “lintah darat yang mengaut keuntungan”, ia seolah-olah menyifatkan para pesakit kami kerana pesakitlah yang menerima manfaat daripada semua ini.
Secara amnya, apa yang didakwa oleh pengarang ini adalah tuduhan liar yang tidak berasas dan hanya rekaan semata-mata. Kami peka dan akur sekiranya pengarang menghadapi sebarang kesukaran ketika menerima rawatan atau melawat ke hospital kami, namun jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati, ia boleh disalurkan kepada kami dengan cara yang betul. Kami kecewa dengan sikap pengarang yang membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Silakan tampil jika pengarang boleh mengemukakan bukti yang kukuh ke atas setiap tuduhan yang dibuat. Tanpa sebarang bukti, hal ini boleh dianggap sebagai fitnah yang dengan sengaja mahu menimbulkan persepsi negatif masyarakat kepada PPUM; sebuah institusi kesihatan yang telah memberikan perkhidmatan perawatan kepada rakyat lebih separuh abad. Perbuatan negatif sebegini tidak boleh dibiarkan dan sekiranya orang awam mempunyai maklumat siapakah pengarang di sebali artikel ini, kami di PPUM memohon kerjasama anda untuk tampil memberi maklumat agar keadilan dapat ditegakkan.
Kami mohon kepada orang ramai yang pernah melihat sendiri bagaimana PPUM telah bekerja keras memberi khidmat bakti tanpa mengenal erti lelah, untuk membantu PPUM menyebarkan dan menularkan jawapan balas ini menggunakan media sosial kerana adalah tidak adil dan tidak wajar kami menerima tuduhan tidak berasas ini. Terima kasih atas bantuan dan semoga tuhan merahmati jasa baik anda semua.
...Dikemaskini Pada: 10/1/2018
Pada 27 September 2018, Sambutan Maal Hijrah 1440h peringkat PPUM berjalan dengan penuh kemeriahan dan limpahan curahan ilmu. Program yang dimulakan dengan perasmian oleh YM Pengarah pada sesi paginya kemudian diteruskan dengan dua slot dari penceramah jemputan.
Di kawasan rehat peserta pula disediakan booth2 yang diambil bahagian dari PPZ, Bank Islam, Pemangkin dan juga jualan buku dari Lensa Kuliah. Program diakhiri dengan slot forum pada sebelah petangnya diselang seli dengan lantunan selawat yang hebat dari penampilan khas kumpulan qasidah ahbabul habib.
Semoga misi penghijrahan ke arah yang lebih baik sentiasa disemat dalam jiwa seluruh staf2 PPUM sepanjang masa.
...Arkib