WORLD PHARMACIST AND DIETITIAN''S DAY 2016
 Update on: 22/9/2016
 21 SEPTEMBER 2016

YDH Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah (Klinikal) PPUM menyempurnakan perasmian World Pharmacist and Dietitians'' Day 2016 peringkat PPUM. Sambutan ini dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Farmasi dan Jabatan Dietetik PPUM.

Majlis yang berlangsung di Konkos, Menara Utama ini turut menyaksikan pelancaran My Healthy Plate oleh Jabatan Dietetik bagi menggalakkan staf, pesakit dan masyarakat secara keseluruhannya untuk makan pada porsi (portion) yang tepat dan bersesuaian.

Selain itu, Jabatan Farmasi turut melancarkan secara rasmi Video Preskripsi Ubat untuk panduan pesakit dan orang awam.

Sambutan ini bakal berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 September 2016 dengan pameran serta saringan kesihatan percuma di Konkos, Menara Utama.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my