ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Dikemaskini Pada: 7/21/2016
Sambutan Hand Hygiene Day peringkat PPUM merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan kesedaran di kalangan staf, pesakit dan juga pelawat di PPUM tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan. Selain itu, kempen ini turut dijalankan bertujuan memotivasikan staf PPUM untuk mencuci tangan mengikut langkah "5 MOMENTS" setiap kali memberi perawatan kepada pesakit. Kempen mencuci tangan ini diadakan sebagai acara tahunan sejajar dengan Kempen Pencucian Tangan Sedunia yang disambut pada 5 Mei setiap tahun. Saban tahun, reaksi staf dan pesakit di PPUM terhadap kempen ini adalah amat positif.
Sambutan kempen pada tahun 2016 adalah bertemakan
"SAFE SURGICAL CARE SAVES LIVES : CLEAN YOUR HANDS PRIORITIZING & IMPROVEMENT OF HAND HYGIENE PRACTICES IN SURGICAL SERVICES"
yang juga merupakan tema yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Malaysia telah menyokong kempen mencuci tangan ini sejak tahun 2008 lagi. Sokongan ini dapat dilihat melalui pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang berusaha membuat promosi secara besar-besaran dengan pelbagai pendekatan media komunikasi.
Seperti yang kita sedia maklum, tangan para petugas kesihatan seperti Doktor, Jururawat dan staf hospital yang lain boleh tercemar melalui pelbagai cara contohnya: sewaktu mengambil darah pesakit, membantu pesakit bergerak, memegang peralatan dalam wad seperti katil, pam intravena dan melalui pesakit sendiri.
Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan kuman merbahaya seperti MRSA, Acinetobacter, E.Coli, dan Salmonella adalah disebarkan oleh tangan yang tercemar. Perkara ini adalah amat membimbangkan apatah lagi dengan kehadiran "hospital superbugs" iaitu bakteria yang kebal kepada pelbagai antibiotik. Inilah yang ditakuti oleh pesakit yang menerima rawatan di hospital dan menjadi cabaran kepada pihak hospital khasnya untuk menangani masalah ini.
Dari pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Kawalan Jangkitan PPUM, adalah didapati bahawa peratus kepatuhan pencucian tangan di PPUM telah mencapai tahap piawaian (KPI) kebangsaan yang ditetapkan iaitu 75%. Sungguhpun begitu, banyak pihak yang masih leka melakukan amalan kebersihan ini. Sekiranya amalan pencucian tangan dengan betul tidak diamalkan, ianya akan menjadi impak negatif kepada pesakit iaitu:
Untuk menggalakkan amalan cucian tangan ini menjadi rutin kebiasaan, alcohol base handrub telah diletakkan di hadapan kaunter Jururawat di mana staf dan pelawat yang masuk ke wad akan diarahkan untuk mencuci tangan terlebih dahulu.Adalah menjadi kepentingan bagi setiap staf yang memberi perawatan kepada pesakit mengamalkan ''''5 Moments of Hand Hygiene'''' iaitu:
Kesedaran semua pihak untuk sama-sama menjaga kebersihan tangan sedikit sebanyak akan menyumbang kepada pengurangan kadar jangkitan di hospital ini.
*Sumber: Ditambahbaik dari Teks Ucapan Timbalan Pengarah Ikhtisas sempena Perasmian World Hand Hygiene Day peringkat PPUM 2016 yang disediakan oleh Jabatan Perhubungan Awam
...**Penghargaan: Isi kandungan teks ucapan disediakan oleh Jabatan Kawalan JangkitanPPUM.
Arkib