PROGRAM ZIARAH DAKWAH SEMPENA BULAN RAMADAN
 Update on: 5/6/2018
 Pada 4 Jun 2018, seramai 20 staf dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui unit kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program ziarah dakwah sempena bulan Ramadan yang mulia ini di PPUM.

Tujuan program adalah untuk membantu dan menyantuni pesakit-pesakit PPUM yang sedang menghadapi ujian kesihatan. Pihak JAWI telah diketuai olehTuan HAji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI manakala En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan), PPUM turut hadir menyambut pelawat bagi mewakili pihak Pengurusan PPUM.

Sebanyak 60 beg yang mengandungi ma telah diagih-agihkan kepada pesakit-pesakit di dua wad iaitu wad 12U dan 11U. Diharap sumbangan ini dapat menggembirakan pesakit-pesakit di wad-wad berkenaan terutamanya di dalam suasana untuk menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelang.

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my