ADDRESS
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
- Email : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
Phone No : 03-79494422
Fax : 03-79492030
WEBSITE
- WEBSITE : www.ummc.edu.my
Update on: 13/3/2018
Pada 10 Mac 2018, PPUM telah mengadakan sambutan Minggu Glaukoma di Klinik Mata. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena minggu tersebut termasuk pameran, ceramah dan saringan untuk penyakit glaukoma secara percuma. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YM Prof. Dr.Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Majlis turut dihadiri oleh En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan, Prof. Madya Dr. Nurliza bt Khaliddin, Ketua, Jabatan Oftalmologi dan Prof. Madya Dr. Norlina binti Mohd Ramli, Pengerusi Sambutan Minggu Glaukoma peringkat PPUM.
Di dalam ucapan perasmian, Pengarah PPUM memaklumkan bahawa glaukoma dikenali sebagai punca utama kehilangan penglihatan kekal yang tidak dapat dikembalikan. Ia juga digelar pembunuh senyap atau ''Silent Thief of Vision''. Gelaran ini diberi kerana pesakit tidak mempunyai simptom awal sehinggalah penyakit ini sampai ke peringkat kritikal, barulah ia disedari dan pesakit datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pemeriksaan awal dititikberatkan sebelum ia menjadi serius. Semoga majlis ini memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai penyakit glaukoma dan betapa pentingnya melakukan pemeriksaan awal mata.
News Archive