ADDRESS
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
- Email : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
Phone No : 03-79494422
Fax : 03-79492030
WEBSITE
- WEBSITE : www.ummc.edu.my
Update on: 12/7/2018
Pengabaian dan penderaan warga emas adalah masalah sosial yang kian serius di Malaysia. Bagi meningkat kesedaran megenai pentingnya perhatian dan penjagaan secara berterusan agar warga emas tidak terabai dan terus menjadi bebanan kepada penjaga, PPUM telah mengadakan Kempen dan Sambutan Minggu Kesedaran Mengenai Pengabaian Warga Emas Peringkat PPUM dari 25 sehingga 29 Jun 2018.
Majlis telah dirasmikan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya. Majlis turut dihadiri oleh Ybhg. Datuk Redzuawan bin Ismail yang lebih dikenali dengan nama Chef Wan iaitu Duta Prevent Elder Abuse and Neglect Initiative (PEACE).
Chef Wan juga telah berkongsi pengalaman di dalam menjaga warga emas yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran. Jalinan hubungan yang baik di antara golongan muda dan warga emas mampu memupuk dan melahirkan generasi yang lebih prihatin. Sesungguhnya penghujung riwayat warga emas tidak harus berakhir di pusat-pusat jagaan orang-orang tua sebaliknya perlu berada sejahtera di samping ahli keluarga, komuniti atau masyarakat.
News Archive