ADDRESS
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
- Email : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
Phone No : 03-79494422
Fax : 03-79492030
WEBSITE
- WEBSITE : www.ummc.edu.my
Update on: 25/7/2024
Tarikh : Khamis, 25 Julai 2024
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Grand Summit, Connexion Conference and Event Centre, Bangsar South.
PPUM telah menganjurkan Majlis Penghargaan Perkhidmatan pada 25 Julai 2024 yang lalu bertempat di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), VE Hotel Bangsar sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada warga PPUM. Ianya merupakan simbolik sebagai manifestasi penghargaan kepada warga PPUM yang telah menunjukkan prestasi dan komitmen yang cemerlang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta sentiasa memastikan penyampaian perkhidmatan dan pengajaran dalam penjagaan kesihatan mempunyai nilai tambah sehingga ke tahap seterusnya (next-level) seiring dengan motto PPUM “Peneraju Pengajaran Perubatan”. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Nazirah binti Hasnan, Pengarah PPUM.