Pembekal

Tender List

Tahun : 2023

Bulan : 11

Bil Tajuk Sebutharga Syarat Utama Tarikh
TAWARAN BAGI MEMBEKAL BEKALAN DEWAN BEDAH DAN AUTOKLEB

No Rujukan: T/895/11/2023/2026(1)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 050301 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Bekalan
Buka: 09-11-2023
Tutup: 30-11-2023 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN DALAM BANGUNAN-BANGUNAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN

No Rujukan: T/994/11/2023/2026(1)

Maklumat Tambahan: Sesi Taklimat/Lawatan Tapak Adalah DIWAJIBKAN

Tarikh: 05 Disember 2023 (Selasa)
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Bilik Muzakarah, Jabatan Perolehan, PPUM.

• Hanya PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan SAHAJA yang boleh menghadiri sesi Taklimat/Lawatan Tapak berkenaan.

• Sila bawa bersama:

1. Kad Pengenalan
2. Cop Syarikat
3. Sijil Asal Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (masih sah tempoh laku/berkuatkuasa)

• Penjualan dokumen tender hanya akan bermula selepas sesi taklimat/lawatan tapak.

 
Bidang  : 221001 Dan
221002 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 500.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 27-11-2023
Tutup: 27-12-2023 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI PENYELENGGARAAN EMPAT (4) UNIT CHILLER JENAMA HITACHI DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN

No Rujukan: T/1703/11/2023/2025(13)

Maklumat Tambahan: 1/ Harga Indikatif Jabatan bagi tender ini adalah Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Ribu Sahaja (RM700,000.00).

2/ Harga Indikatif Jabatan ini merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit.

3/ Pihak PPUM tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.

4/ PPUM berhak untuk mengadakan perbincangan/rundingan lanjut dengan petender yang disenarai pendek berhubung dengan terma-terma tertentu untuk tawaran yang akan disetuju terima. Hak PPUM untuk mengadakan rundingan tidak dalam apa-apa cara jua mengikat PPUM menyetujui terima keputusan rundingan.
 
Bidang  : 220301 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 50.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 09-11-2023
Tutup: 30-11-2023 
Masa: 12.00pm
          


SYARAT-SYARAT UMUM YANG PERLU DIPATUHI:

1. Syarikat yang hendak menyertai sebut harga/tender ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dengan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut.

2. Dokumen sebut harga/tender yang telah dibeli akan dihantar melalui e-mel syarikat yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.

3. Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sijil -sijil berikut (sekiranya berkaitan) yang masih sah tempohnya dan telah dimuatnaik di dalam sistem iPerolehan (https://iperolehan.ummc.edu.my) untuk semakan sebelum membeli dokumen sebut harga/tender:

i) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF):
  a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
  b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera

ii) Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB):
  a) Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK)
  b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

iii) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK):
  a) Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja


4. Dokumen sebut harga/tender dijual mulai dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang mengikut tarikh yang ditetapkan dengan harga seperti dinyatakan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.

5. Dokumen sebut harga/tender WAJIB dilengkapkan secara dalam talian (Online) dan perlu dihantar dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh dan masa tutup iklan yang dinyatakan.

6. Sampel bagi sebut harga/tender yang berkaitan (jika ada) hendaklah diserahkan di kaunter Jabatan Perolehan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan yang dinyatakan dan pada jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan.

7. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan penyertaan sebut harga/tender tidak akan dipertimbangkan.





ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my