Arkib



Ogos   2016


  
COMMONWEALTH MEDICAL SCHOLARSHIP IN THE UNITED KINGDOM 2017
 Dikemaskini Pada: 8/30/2016
 Proses pencalonan kini dibuka bagi sesi September/Oktober 2017. Maklumat lanjut mengenai nominasi boleh dilayari di pautan :
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/medical-fellowships/

Semua pencalonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 13 Disember 2016. Untuk mengetahui syarat-syarat secara lebih terperinci, sila ke :
http://cscuk.dfid.gov.uk/apply...

  
PHYSIO FUN RUN 2.0 2016
 Dikemaskini Pada: 8/30/2016
 Kepada anda yang berada di sekitar Lembah Klang, jom sertai kami pada 24 September ini!

Borang.....

  
PAMERAN PERKHIDMATAN KESUBURAN DAN FORUM FERTILITI
 Dikemaskini Pada: 8/19/2016
 1) Pameran Perkhidmatan Kesuburan
         
Tarikh: 1 & 2 September 2016 (Khamis & Jumaat)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi: Konkos Menara Utama PPUM
Kumpulan sasaran: Orang awam serta staf PPUM        

2) Forum Fertiliti
        
Tarikh: 3 September 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi: Tingkat 7, Kompleks Wanita, Jabatan O&G, PPUM
Kumpulan sasaran: Orang awam serta staf PPUM
Pendaftaran: Percuma (terhad kepada 100 orang)
Hubungi: 03-79496855/2336 untuk pendaftaran

3) Brosur (klik disini...)


...

  
SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PPUM DAN SNMRI
 Dikemaskini Pada: 8/19/2016
 17 OGOS 2016

Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM menandatangani perjanjian persefahaman bertujuan menjalin kerjasama erat dan meningkatkan usahasama serta perkongsian kepakaran bersama Dr. Daranee Suvapan, Pengarah Sirindhon National Medical Rehabilitation Institute (SNMRI), Thailand petang tadi.

Perjanjian persefahaman ini disaksikan oleh YDH Prof. Madya Dr. Lidya bt. Abdul Latif, Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM dan Timbalan Pengarah SNMRI.

Turut hadir ke majlis ini, YDH Prof. Madya Dr. Nazirah bt. Hasnan, Timbalan Pengarah (Klinikal), YDH Encik Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) serta YDH Puan Harbans Kaur a/p Harcharan Singh, Timbalan Pengarah (Ikhtisas).
...

  
PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH KDU COLLEGE
 Dikemaskini Pada: 8/19/2016
 16 Ogos 2016

Kelab sukarelawan pelajar Pra-Universiti Kolej KDU Petaling Jaya, Pre-United menjayakan usaha mengumpul dana berjumlah RM13,151.00 untuk disumbangkan kepada Tabung Pesakit Kanser Kanak-kanak PPUM.

Sumbangan untuk dimanfaatkan khusus oleh pesakit onkologi pediatrik itu telah disampaikan oleh Ketua Program Pengajian Pra-Universiti KDU, Puan R. Sathyavathy kepada YDH Prof. Madya Dr. Muhammad Yazid bin Jalaludin, Ketua Jabatan Pediatrik PPUM.

Turut hadir ke majlis penyerahan sumbangan ini, YBhg Datin Rodhiah binti Zakaria, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM dan wakil Ketua Jabatan Kejururawatan, Puan Cheng Siew Ting.

Majlis penyerahan sumbangan diikuti oleh sesi lawatan dan penyerahan hadiah kepada para pesakit di Wad Pediatrik 5PA yang merupakan wad khusus bagi pesakit onkologi pediatrik PPUM.
...

  
LAWATAN PENANDA ARASAN PPPUITM
 Dikemaskini Pada: 8/19/2016
 Delegasi Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (PPPUiTM) hadir sempena lawatan penanda arasan ke PPUM....

  
PENYERAHAN SAGUHATI SEMPENA MUSIM HAJI 1437H
 Dikemaskini Pada: 8/19/2016
 
Yang Berusaha Encik Yahaya A. Hamid, Ketua Jabatan Perhubungan Awam mewakili Pengurusan Tertinggi PPUM menyampaikan saguhati kepada staf PPUM yang bakal menunaikan haji sempena ketibaan Musim Haji pada tahun ini.

Semoga ibadah yang dilakukan diterima dan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

Selamat menunaikan ibadah haji serta semoga dipermudahkan segala urusan....

  
WALKATHON HLAW 2016
 Dikemaskini Pada: 8/15/2016
 9 OGOS 2016

YM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM merasmikan acara walkathon sempena Healthy Lifestyle Awareness Week 2016. Acara walkathon ini melibatkan laluan sepanjang 2.5 kilometer di sekitar Taman Tasik Universiti Malaya.
...

  
NUCLEAR MEDICINE WORKSHOP: QUALITY CONTROL ON SPECT & SPECT/CT SYSTEM
 Dikemaskini Pada: 8/4/2016
 
Harga: RM1500.00
Tarikh: 14,15,16 & 17 Oktober 2016
Tempat: PPUM

Brosur: Klik disini......

  
ZIARAH TARBAWI
 Dikemaskini Pada: 8/4/2016
 31 Julai 2016

Program "Ziarah Tarbawi Ke Arah Remaja Soleh" telah berlangsung dengan jayanya. Program ini adalah atas usahasama Projek Khas Pengarah dengan Seksyen Hal Ehwal Islam, Jabatan Perhubungan Awam.

Berkonsepkan lawatan santai ilmiah selama sehari di Melaka, program ini bertujuan menanam budaya ilmu kepada anak-anak staf, memberikan pendedahan adab dan ibadah ketika musafir, menjalinkan ukhwah dan memberikan pendedahan akhlak mulia sepanjang perjalanan.

Seramai hampir 30 peserta telah terlibat bersama 10 ahli jawatankuasa yang sangat komited dalam menjayakan program ini. Semoga pendedahan dan ilmu yang dikongsikan walaupun sedikit mendapat keberkatan selamanya.
...

  
MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2016 PERINGKAT PPUM
 Dikemaskini Pada: 8/1/2016
 Tarikh : 26 OGOS 2016 (Jumaat)

Masa : Jam 0800-1700

Tempat : Dewan Sekapur Sirih, Tingkat 1, Bangunan Trauma & Kecemasan

Poster : Klik disini...
...

  
SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2016
 Dikemaskini Pada: 8/1/2016
 29 Julai 2016

YDH Prof. Madya Dr. Nazirah Hasnan, Timbalan Pengarah (Klinikal) merasmikan Hari Terbuka Jabatan Perubatan Transfusi PPUM sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2016. Perasmian yang mengambil tempat di Jabatan Perubatan Transfusi, Aras 1, Menara Utama itu turut disertai oleh YDH Encik Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Ketua-ketua Jabatan PPUM.

Terdahulu, bertempat di Dewan Sekapur Sireh, YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM bersama Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Veera Sekaran, Ketua Jabatan Perubatan Transfusi membuka tirai sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2016 dengan ucaptama dan penyampaian penghargaan kepada para penderma darah serta penganjur program derma darah dari organisasi luar yang sentiasa memberi kerjasama erat kepada PPUM.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun ini.
...

  
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN PENGARAH BERSAMA JABATAN-JABATAN BUKAN KLINIKAL 2016
 Dikemaskini Pada: 8/1/2016
 28 Julai 2016

YM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM memanfaatkan Syawal yang masih berbaki beberapa hari untuk beramah mesra bersama seluruh staf dari Jabatan-jabatan Bukan Klinikal PPUM. Suasana meriah dalam sambutan yang sederhana cukup bermakna buat semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Jabatan-jabatan terlibat turut memberikan kerjasama erat menyediakan juadah enak buat tetamu jemputan yang hadir.

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
...

  
PETRONAS CSI TEAM BERI SUMBANGAN KEPADA PESAKIT PPUM
 Dikemaskini Pada: 8/1/2016
 26 Julai 2016

PETRONAS East Coast Region Office Corporate Social Investment (CSI) Team Kertih, Terengganu hadir melawat dan menyampaikan sumbangan kepada dua orang pesakit kanak-kanak PPUM. Keluarga kedua-dua pesakit yang juga berasal dari Terengganu ini diberikan sumbangan RM10,000.00 setiap seorang bagi membantu meringankan beban kos rawatan mereka.

Semoga adik Nurul Aqilah Maisara dan adik Muhammad Qusyairi bakal menerima manfaat sebaiknya dari bantuan yang dihulurkan oleh Petronas ini.

Terima kasih kepada CSI Team, PETRONAS East Coast Region Office, dari seluruh warga PPUM.
...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my