LAWATAN TIMBALAN MENTERI KESIHATAN, SUMBER MANUSIA & KEBAJIKAN JEPUN KE PPUM
 Update on: 27/7/2016
 22 JULAI 2016

PPUM menerima kunjungan Yang Dihormati Puan Naomi Tokashiki, Timbalan Menteri Kesihatan, Sumber Manusia & Kebajikan Jepun bersama delegasi untuk melawat ke Unit Geriatrik, Jabatan Perubatan Pemulihan, Jabatan Perubatan Kecemasan dan Jabatan Farmasi PPUM.

Para pelawat yang hadir seramai 10 orang dibawa ke lokasi berkenaan dan diiringi oleh Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Lawatan turut diiringi para timbalan pengarah serta ketua dan wakil dari jabatan/unit yang terlibat. Rangka lawatan selama sejam itu diakhiri dengan pertukaran cenderahati kenang-kenangan kefua-dua pihak.

Terima kasih kepada delegasi Jepun ini kerana sudi hadir mengadakan lawatan yang bertujuan berkongsi kepakaran dalam bidang berkaitan.

Jabatan Perhubungan Awam juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan lawatan ini.


ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my