ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Dikemaskini Pada: 4/2/2019
Kuala Lumpur, 20 Mac - Satu forum umum untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kecederaan kepala (otak) telah diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai pada hari rabu, 20 Mac 2019. Forum ini diadakan bersempena dengan “World Head Injury Awareness Day” tahun 2019 dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Pemulihan, PPUM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Forum yang dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pemulihan, Prof Madya Dr Julia Anak Patrick Engkasan ini dihadiri oleh 130 orang peserta dari masyarakat umum, staf hospital-hospital kerajaan dan institusi swasta yang lain.
...Arkib Berita