Jabatan Perkembangan Dan Amalan Perubatan



Jabatan ini telah ditubuhkan pada 2 Februari 2012 sebagai Quality System Management Unit (QSMU) yang seterusnya dikenali sebagai Jabatan Kualiti dan Tadbir Urus Klinikal pada 1 November 2015. Pada 2 Mac 2020, Bahagian Perkembangan Perubatan telah dikeluarkan dari fungsi Jabatan Kualiti dan dipindahkan ke Jabatan Pembangunan Profesional & Perkembangan Perubatan (JPPPP). Penstrukturan semula dilakukan pada 10 Ogos 2021, dimana Bahagian Perkembangan Perubatan dan Sains Kesihatan bergabung semula dengan Jabatan Kualiti untuk membentuk Jabatan Perkembangan dan Amalan Perubatan di bawah portfolio Pengarah PPUM.

Penambahbaikan ini dibuat bagi membolehkan Jabatan Perkembangan dan Amalan Perubatan menjalankan fungsi utamanya secara holistik bukan sahaja dari aspek pembangunan profesion staf perubatan dan sains kesihatan bersekutu malahan tumpuan perlu diberikan kepada usaha untuk memperkembangkan perkhidmatan perubatan di PPUM serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan perubatan dan penjagaan keselamatan pesakit.

Objektif Jabatan :

  • Memantapkan pengurusan perkhidmatan dan pengajaran perubatan serta sains kesihatan di PPUM.
  • Memastikan amalan perubatan dipatuhi di bawah Akta Perubatan 1971.
  • Memastikan pengurusan keselamatan pesakit dan risiko klinikal dilaksanakan secara berterusan dan efektif untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.
  • Menerapkan budaya kerja berkualiti di bawah pelaksanaan Dasar Kualiti PPUM.

 

Hubungi Kami :
Jabatan Perkembangan Dan Amalan Perubatan
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Sains Kejururawatan
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz
Lembah Pantai
59100 Kuala Lumpur

Emel : kj_qsu@ummc.edu.my

Tel : 03 7949 2887

Perkhidmatan / Prosedur Yang Ditawarkan (Terkini)

Jenis perkhidmatan yang disediakan

BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN

  • Pengurusan lanjut pengajian Pegawai Perubatan Lantikan PPUM di peringkat sub kepakaran.
  • Pengurusan permohonan penempatan latihan (attachment), shadowing, fellowship dan subkepakaran.
  • Pengurusan program Continuous Medical Education (CME) dan isu-isu berkaitan hal ehwal latihan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS).
  • Pengurusan program orientasi klinikal PPS, Pegawai Perubatan, Sarjana Klinikal FPUM.
  • Penyelaras program latihan Makmal Simulasi Klinikal.
  • Pentadbir sistem MyCPD dan MMA CPD peringkat PPUM.
  • Penyelaras pelajar program PRINT dari Unit Pembangunan Pendidikan & Penyelidikan Perubatan (MERDU).
  • Penyelaras modul pengajaran dalam talian Schoology.
  • Menguruskan Covid-19 Preparedness Certificate.
  • Menganjurkan kursus dan bengkel berkaitan perkembangan dan pembangunan professional Pegawai Perubatan.

 

BAHAGIAN AMALAN PERUBATAN

  • Pengurusan hal-hal berkaitan amalan perubatan di PPUM termasuk tetapi tidak terhad kepada pewartaan, credentialing & privileging, Mortaliti & Morbiditi, penyiasatan insiden/aduan klinikal dan Etika Klinikal di PPUM.
  • Penyiasatan Root Cause Analysis (RCA) Hospital atas keperluan termasuk pemantauan kepada cadangan penambahbaikan.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan keselamatan pesakit seperti penggubalan dasar, pelaksanaan program keselamatan pesakit dan penyelarasan data "Malaysian Patient Safety Goals 2.0".
  • Menganjurkan kursus dan bengkel berkaitan amalan perubatan di PPUM.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI

  • Pelaksanaan program penambahbaikan kualiti dan keselamatan pesakit seperti:-
    • Program berdasarkan Agency for Health Research & Quality (AHRQ) iaitu seperti Comprehensive Unit Based Safety Programme (CUSP), Re-engineering of Discharge (RED), Indikator klinikal
    • Penganjuran projek penambahbaikan kualiti (QIT) di peringkat PPUM.
    • Pemantauan dan analisa pencapaian petunjuk kualiti di PPUM
  • Pelaksanaan aktiviti pensijilan dan akreditasi yang tepat dan teratur termasuk di PPUM termasuk :
    • ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2013
    • Skim Akreditasi Makmal Malaysia
    • Malaysian Society for Quality in Health (MSQH)
  • Perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PPUM termasuk dokumen kualiti.
  • Penyelaras aktiviti Audit Dalaman peringkat PPUM iaitu :
    • Audit Pemantauan SIRIM
    • Audit Dalaman PPUM
    • Audit Ubat-ubatan (Jab Farmasi)
  • Menganjurkan kursus dan bengkel berkaitan penambahbaikan kualiti, keselamatan pesakit dan Pengurusan Risiko Jabatan (FMEA).

 

 



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my