ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Pengenalan
Jabatan Sumber Manusia yang pada asalnya mempunyai dua (2) fungsi utama dalam pengurusan hal-ehwal sumber manusia di PPUM yang meliputi
Bahagian Dasar, Saraan Dan Pengurusan Maklumat:
Bahagian Pengurusan Perjawatan, Perkhidmatan Dan Kebajikan:
Jabatan Sumber Manusia
Tingkat 14 Menara Utama
Lembah Pantai 59100
Kuala Lumpur
03-7949 2161
Servis
Jenis perkhidmatan yang disediakan:
Bahagian Pengurusan Perjawatan, Perkhidmatan dan Kebajikan
Bahagian Dasar, Saraan dan Pengurusan Maklumat
Aktiviti
Aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan/unit
1. Majlis Penghargaan Perkhidmatan Tahun 2020
Majlis Penghargaan Perkhidmatan Tahun 2020 (MPP 2020) telah diadakan pada 6 Ogos 2020 di Dewan Konferens 3, Tingkat 13, Menara Selatan, PPUM. PPUM sentiasa komited dalam mengiktiraf budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa yang diberikan oleh seluruh staf dengan menyediakan pelbagai anugerah atau ganjaran.
Pada tahun ini, MPP 2020 dilaksanakan berdasarkan protokol norma baharu yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan penularan pandemik COVID-19. Seiring dengan protokol tersebut, MPP 2020 dilaksanakan khusus untuk meraikan seramai 75 orang pegawai PPUM yang meninggalkan perkhidmatan di PPUM serta penerima Anugerah-anugerah Khas.
Daripada sejumlah 75 orang pegawai yang meninggalkan perkhidmatan di PPUM, seramai 50 orang pegawai adalah terdiri daripada pesara wajib, 16 orang adalah pesara pilihan, seorang pesara disebabkan masalah kesihatan, manakala 8 orang lagi adalah pesara gemulah.
Selain daripada itu, Anugerah-anugerah Khas turut disampaikan di dalam majlis ini yang mana penerima anugerah ini dinilai dari segi aspek kewibawaan, keterampilan dan penglibatan dalam memberi sumbangan kepada PPUM, masyarakat dan Negara. Mereka dipilih berdasarkan kepada kecemerlangan yang luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti sukarela, kemasyarakatan dan sebagainya yang telah mengharumkan nama organisasi dan negara.
MPP 2020 telah merekodkan seramai 383 orang yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PPUM (APC) bagi tahun perkhidmatan 2019 bersamaan 7% daripada jumlah pengisian perjawatan sebanyak 5,397 orang staf. Penerima APC pada tahun ini terdiri daripada 344 orang staf daripada Kumpulan Pelaksana, 37 orang staf daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan 2 orang staf daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Manakala penerima Anugerah Khidmat Setia 20 Tahun adalah seramai 87 orang dan penerima Anugerah Khidmat Setia 30 Tahun adalah seramai 27 orang. Walaupun tidak diraikan di dalam MPP 2020, pegawai PPUM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Khidmat Setia 20 tahun dan Khidmat Setia 30 tahun tetap turut diharapkan sentiasa terus memberikan komitmen dan daya usaha dalam mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.
2. Majlis Sumbangan Prihatin PPUM 2020
Majlis sumbangan ini diadakan pada 19 dan 22 Mei 2020 mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ianya bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung staf-staf PPUM yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Atas dasar keprihatinan PPUM terhadap kebajikan staf, majlis ini telah dijalankan dengan hasil sumbangan yang diterima oleh PPUM. Turut dijalankan agihan zakat bagi fasa pertama tahun 2020. Majlis ini melibatkan 103 orang staf yang terkesan dengan penularan wabak COVID19 dan 112 orang penerima zakat fasa pertama tahun 2020.
3. Program Pendaftaran dan Orientasi Pegawai Perubatan Sarjana
Pada 02 hingga 04 Disember 2020, taklimat orientasi bagi Pegawai Perubatan Sarjana Sesi 2020/2021 telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan kaedah Schoology. Seramai 315 Pegawai Perubatan Sarjana telah selesai mendaftar dan menghadiri taklimat orientasi yang diadakan secara atas talian tersebut. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Sumber Manusia dan Bahagian Perkembangan Perubatan dan Sains Kesihatan, Jabatan Pembangunan Profesional dan Perkembangan Perubatan.
4. Program Sukan dan Kebudayaan Tahun 2020
Bahagian Sukan PPUM berfungsi sebagai urusetia kepada penyertaan staf PPUM bagi sukan-sukan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (KSK). Antara kejohanan sukan dan aktiviti kebudayaan yang telah disertai oleh PPUM pada tahun 2020 seperti berikut :
Acara
Tempat
Tarikh
Penyertaan
Keputusan
:
:
:
:
:
Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 2020
W.P. Putrajaya
29 Februari dan 01 Mac 2020
Menghantar 1 pasukan
Tempat ke-3
2.
Acara
Tempat
Tarikh
Keputusan
:
:
:
:
Bengkel Kebudayaan
Hotel Impian Morib
5 - 6 Oktober 2020
Penyertaan
Carta Organisasi
Staf