ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Pengenalan
Jabatan Dietetik merupakan suatu unit sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan terapi pemakanan perubatan kepada pesakit dan kakitangan sebagai aktiviti utamanya. Terapi Pemakanan Perubatan merupakan suatu terapi gabungan intervensi pemakanan yang merangkumi ilmu sains pemakanan, perubatan dan sains tingkah laku bagi memberikan kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan pesakit.
Selain daripada itu, perkhidmatan ini juga merangkumi penilaian status makanan dan kaunseling diet dan/atau terapi diet khas untuk menyembuhkan penyakit berdasarkan keadaan pesakit tersebut.
Kajian menunjukkan bahawa terapi pemakanan perubatan yang optimum memberi keputusan yang baik dalam menangani penyakit dan mencegah komplikasi, sekaligus mempengaruhi dalam penjimatan kos perubatan yang tinggi.
Selain daripada itu, sebagai memenuhi keperluan penjagaan makanan berdasarkan Terapi Pemakanan Perubatan, Unit Sajian telah diletakkan di bawah Jabatan Dietetik sejak 15 Januari 2017 sebagai satu entiti yang bertanggung jawab dalam menyelia mutu perkhidmatan bekalan makanan yang dibekalkan kepada pesakit yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Jabatan Dietetik
Dapur Utama
Pusat Perubatan Universiti Malaya
59100 Lembah Pantai
Kuala Lumpur
No. Telefon:
Klinik Dietari RUKA: 03-79492385
Pejabat Sajian: 03-79494929
Portal Jabatan Dietetik : https://sites.google.com/a/ummc.edu.my/dietetic-dept/home
Servis
Perkhidmatan Yang Ditawarkan/Disediakan (Terkini)
Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Dietetik boleh dibahagikan kepada dua skop perkhidmatan iaitu perkhidmatan klinikal dan perkhidmatan bukan klinikal
2.1 Perkhidmatan Klinikal
2.1.1 Perkhidmatan terapi pemakanan perubatan
Perkhidmatan terapi pemakanan perubatan diberikan kepada pesakit luar dan pesakit dalam oleh pegawai dietetik. Terapi pemakanan perubatan merangkumi proses penilaian status pemakanan, diagnosis masalah pemakanan, pelan intervensi termasuk regim/pelan pemakanan, pemantauan dan penilaian semula keberkesanan terapi.
2.1.2 Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan terapi pemakanan perubatan diberikan untuk semua pesakit dalam yang dirujuk oleh pegawai perubatan kepada pegawai dietetik. Selain daripada rujukan, pegawai dietetik juga melakukan saringan pemakanan kepada pesakit yang dikenalpasti memerlukan terapi pemakanan perubatan di dalam wad.
Pegawai dietetik juga terlibat dalam penjagaan pesakit secara berpasukan. Kaedah ini menggabungkan kemahiran dan pengalaman daripada pelbagai profesional kesihatan bagi memastikan penjagaan pesakit lebih berkesan, intensif, berkualiti dan menjimatkan kos.
Kaedah ini juga dapat mengelakkan berlakunya pertindanan dalam proses penjagaan pesakit dengan melakukan perbincangan dan komunikasi secara lebih efektif.
2.1.3 Perkhidmatan Pesakit Luar
Klinik Dietari Rawatan Utama (RUKA)
Klinik ini beroperasi pada setiap hari bekerja dari jam 8.30 pagi – 4.30 petang. Kebanyakan pesakit yang dirujuk adalah dari Klinik RUKA, Keluarga, dan Kesihatan Kakitangan. Selain dari itu, terdapat juga rujukan dari klinik-klinik pakar lain apabila ketiadaan pegawai dietetik di klinik pada hari tersebut.
Perkhidmatan
Waktu Bekerja
Lokasi
Klinik Dietari Rawatan Utama (RUKA)
Isnin dan Khamis:
8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 petang - 5.00 petang
Selasa dan Rabu
10.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 petang - to 5.00 petang
Jumaat:
8.00 pagi - 12.15 petang
2.45 petang - 5.00 petang
Tingkat 1, Bangunan RUKA
Klinik Pakar dan Rawatan Harian
Pegawai dietetik juga ditempatkan di klinik pakar dan rawatan harian untuk memberi perkhidmatan terapi pemakanan perubatan kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan
Perkhidmatan
Waktu Bekerja
Lokasi
Klinik Ibu Mengandung
Rabu dan Jumaat: 9:00 pagi - 1:00 tengahari
Klinik Anti Natal, Tingkat 1, Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak
Klinik Renal
Isnin dan Rabu:
9:00 pagi -1:00 tengahari
Klinik Perubatan 3, Tingkat 1
Klinik Onkologi
Isnin: 9:00 pagi - 1:00 tengahari
Unit Onkologi Klinikal, Tingkat 1 Menara Timur
Klinik Pediatrik Am
Klinik Pediatrik Diabetik & Endokrin
Klinik Pediatrik Genetik
Klinik Pediatrik Respiratori
Klinik Pediatrik Gastro
Isnin: 8:30 pagi - 1:00 tengahari
Selasa: 9:00 pagi - 1:00 tengahari
Rabu: 2:00 petang - 4:30 petang
Khamis: 2:00 petang - 4:30 petang
Rabu: 2:00 petang - 4:30 petang
Klinik Pediatrik, Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak, Tingkat 1
Klinik Diabetes & Endokrin
Rabu 2:00 petang - 4:30 petang
Khamis 10:00 pagi - 1:00 tengahari
Klinik Perubatan 2, Tingkat 1
Klinik Cardiac & Neuro Rehab
Selasa: 10:00 pagi - 1:00 tengahari
Klinik Rehabilitasi, Tingkat 1, Menara Selatan
Klinik Surgikal
Khamis 10:00 pagi - 1:00 tengahari
Klinik Surgeri, Tingkat 1 Menara Utama
Klinik Gastro
Khamis: 2:00 petang - 4:30 petang
Klinik Perubatan 3, Tingkat 1
Klinik Dysphagia
Khamis: 2:00 petang - 4:30 petang
Klinik ENT, Menara Utama, Tingkat 1
2.2 Perkhidmatan Bukan Klinikal
Perkhidmatan di bawah Unit Sajian
2.2.1 Pengurusan dan pemantauan kontrak sajian makanan
Kawalan mutu perkhidmatan, penyediaan dan bekalan makanan kepada pesakit dalam dan makanan tengahari Pegawai Perubatan di Dewan Bedah. Kaedah pemantauan yang dilakukan adalah melalui ujirasa makanan oleh pegawai yang dilantik, pengurusan maklumbalas dan aduan pelanggan, semakan porsi/berat makanan, pemantauan proses pembekalan hidangan makanan di wad dan pemantauan kebersihan di kawasan dapur utama.
Selain daripada perkara di atas, Unit Sajian juga bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan berkaitan perkhidmatan makanan pesakit dalam, peruntukan hospitaliti, perkhidmatan makanan pegawai on-call Dewan Bedah dan bekalan makanan kering untuk pesakit di wad.
2.2.2 Pemantauan Premis Makanan dalam lingkungan PPUM
Bermula tahun 2019, Jabatan Dietetik telah melakukan pemantauan setiap hari ke atas semua premis-premis makanan dan “vending machine” yang terdapat di PPUM. Pemantauan dilakukan oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dari Unit Sajian.
Selain dari pemantauan harian, Jabatan juga bekerjasama dengan Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pejabat Kesihatan, Lembah Pantai untuk memastikan premis-premis makanan di PPUM sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat, serta menjual makanan yang bersih, selamat dan berkualiti.
Jabatan Dietetik juga bekerjasama dengan Pegawai dari Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Auditor-auditor premis yang telah dilantik untuk melakukan audit pwmantauan ke atas semua premis makanan di PPUM dan di dapur mereka luar dari PPUM.
2.2.3 Perkhidmatan Bekalan Makanan Enteral dan Formula Bayi
Jabatan Dietetik melalui Unit Bekalan Makanan Enteral(UBME) menjalankan perkhidmatan bekalan makanan enteral dan Formula Bayi kepada pesakit dalam di PPUM.
Makanan enteral merangkumi makanan cecair tambahan atau cecair penuh yang diberi melalui mulut atau melalui tiub ke dalam sistem gastrousus. Terdapat lebih 20 jenis produk yang dibekalkan dalam bentuk RTU (ready-to-use), RTD (ready –to-drink) atau serbuk yang dibekalkan mengikut keperluan pesakit.
Terdapat empat kategori formula yang di bekalkan iaitu:
Semua formula bayi termasuk botol susu dan puting akan hanya di bekalkan mengikut preskripsi daripada pegawai perubatan.
Aktiviti
Carta Organisasi
Staf