Jabatan Pengurusan Psikologi dan Kaunseling



Jabatan Pengurusan Psikologi & Kaunseling telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016 di bawah penstrukturan semula carta organisasi PPUM.

Jabatan ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada semua staf PPUM dan pelajar di bawah Kolej Sains kesihatan PPUM.

Secara dasarnya, Jabatan ini menawarkan empat (4) kategori perkhidmatan utama, iaitu:

  • Aplikasi psikologi dalam penilaian personel;
  • Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel;
  • Aplikasi psikologi dalam penyelidikan; dan
  • Aplikasi psikologi dalam intervensi.


Kesemua perkhidmatan ini dilaksanakan melalui penekanan dalam aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan.

Jabatan Pengurusan Psikololgi dan Kaunseling
Tingkat 5, Menara Timur,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
59100 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur

03-7949 2988 / 3991 / 2597 / 4823

  1. Konsultasi / Bimbingan / Kaunseling
    1. Secara individu atau kelompok
    2. Pertemuan bersemuka (face-to-face);
    3. Melalui panggilan telefon, aplikasi e-Kaunseling di Portal PPUM, Google Meet atau Zoom.
    4. Isu-isu yang dikendalikan adalah meliputi:
      • Pengurusan emosi (contoh: tekanan (stress) keresahan berlebihan (anxiety), kemurungan (depression), pengurusan kemarahan (anger management), burnout dan lain-lain;
      • Isu peribadi (contoh: masalah atau konflik perhubungan, perkahwinan, kekeluargaan dan lain-lain);
      • Kompetensi dan prestasi kerja;
      • Motivasi diri dan kerja;
      • Intervensi Kesihatan Fizikal dan Mental;
      • Program Pengurusan Kewangan Peribadi;
      • Rujukan bagi kes disiplin dan tatatertib;
      • Aduan (contoh: gangguan seksual)
      • Staf dan pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan secara sukarela atau dirujuk
  2. Ujian Psikologi
    1. Pentabiran ujian psikologi untuk mengenal pasti:
      • keselarasan minat kerjaya;
      • personaliti;
      • saringan tahap kesihatan mental (emosi)
      • saringan pemilihan pegawai yang sesuai dari segi personaliti, sikap, minat dan nilai dengan jawatan yang hendak diisi;
  3. Program Pembangunan Personel
    1. Bertujuan mewujudkan kelompok staf dan pelajar yang memiliki nilai dan etika kerja serta sikap yang positif ;
    2. Melibatkan sesi rundingcara atau konsultasi, bimbingan, anjuran kursus/bengkel, taklimat, ceramah motivasi, program pembangunan kendiri, program bimbingan rakan sekerja dan bantuan pengajaran.

  1. Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB & AKRAB Care)
  2. Bengkel Pengendalian Intervensi Psikologi Staf (Untuk Penyelia)
  3. Kursus Letuskan Potensi Diri
  4. Kursus Pembangunan Kendiri Staf
  5. Kursus #MantapJiwa
  6. Program Saringan Bantuan Zakat & Pembangunan Ekonomi Asnaf
  7. Program Pengurusan Kewangan Peribadi
  8. Program Khidmat Sokongan Psikososial atau Psychological First Aid (PFA)
  9. Saringan Temuduga Staf
  10. Bantuan Pengajaran, Taklimat & Ceramah

 



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my