Jabatan Kawalan Jangkitan



Unit Kawalan Jangkitan bertanggungjawab memastikan Jangkitan Perawatan Kesihatan dan Jangkitan Hospital berada dalam keadaan terkawal.

Unit Kawalan Jangkitan bertanggungjawab memastikan pemerhatian berkala, pemantauan sentiasa dibuat secara tertumpu bagi mengenalpasti insiden dan kadar jangkitan di hospital dan memastikan langkah pencegahan berkesan dan sewajarnya diambil bagi kawalan infeksi.


Pengenalan Program Perkhidmatan Terkini

Unit Kawalan Jangkitan mengadaptasi WHO Multi-model Hand Hygiene Improvement Strategy and Tool dan mengkoordinasi Nasocomial Infection Surveillance System menggunakan Carta Statistik Kawalan Proses.

WHO Multimodel Hand Hygiene Improvement Strategy and Tool adalah proses kaji selidik yang memerhatikan kebersihan tangan yang mesti diamalkan oleh semua staf semasa menjalankan rawatan bagi mengelakkan jangkitan.


Sejak 2008, Unit Kawalan Jangkitan menggunakan Carta Statistik Kawalan Proses (SPCC) bagi melaporkan data jangkitan dan kolonisasi Multi Resistance Staphylococcus aureus & Extended Spectrum Beta-Lectamese. Kegunaan SPCC adalah bagi membantu analisis data dan mengenal pasti kemungkinan sebarang jangkitan merebak. Tindakan ini boleh diambil sebelum penularan jangkitan berlaku.

WORLD HAND HYGIENE 2018

Kempen World Hand Hygiene peringkat PPUM telah diadakan pada 6 Julai 2018 dengan tema It’s In Your Hand, Prevent Sepsis in Healthcare. Kempen ini bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan mencuci tangan dikalangan staf PPUM. Dengan membersihkan tangan pada masa yang tepat akan menghentikan penyebaran kuman rintangan antibiotik.



DEPARTMENT INITIATIVES/ACTIVITIES

  • 6 Steps of Hand Hygiene with Soap and Water
  • 6 Steps of Hand Hygiene with Alcohol-based Hand Rub
  • Surgical Hand Preparation in the Operation Theatre
  • Blood Culture Collection
  • CVC Dressing Change and Flushing
  • 5 Moments of Hand Hygiene
  • Education Video on Hemodialysis


ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my