Jabatan Hal Ehwal Islam



PENGENALAN

Hal Ehwal Islam PPUM adalah satu jabatan yang diletakkan di bawah jabatan-jabatan bukan klinikal. Ia ditubuhkan pada 1 Oktober 2021 untuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam kepada staf, pelajar dan juga pesakit di PPUM ke arah pemantapan luaran dan dalaman berdasarkan pendekatan shariah.

Jabatan Hal Ehwal Islam berperanan dalam merancang dan mengendalikan perkara yang berkaitan hal ehwal Islam kepada pembangunan staf, pelajar dan pesakit dengan objektif seperti berikut:-

  • Bertanggungjawab sebagai perancang dalam menentukan pembangunan dan kemajuan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di PPUM;
  • Menggubal dasar polisi pembangunan hal ehwal Islam di PPUM dan menjaga kemurniaan akidah serta pengajaran agama Islam;
  • Membantu dan mengharmonikan penggubalan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan peraturan yang sedia ada dalam menyelesaikan masalah umat Islam;
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital;
  • Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di PPUM;
  • Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada staf, pesakit dan waris pesakit;
  • Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, staf, pesakit serta waris pesakit di PPUM.

FUNGSI DAN AKTIVITI JABATAN AHL EHWAL ISLAM

  1. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN;
    1. Menguruskan kebajikan pesakit dan staf
      • Ziarah Staf/Awam
      • Tahnik
      • Penyediaan fasiliti ibadah pesakit
    2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan staf
      • Food for Needy
      • Pengagihan Zakat
      • Bantuan Asnaf
      • Ziarah Kematian Staf
      • Pengurusan jenazah staf
      • Konsultasi agama dan emosi staf

  2. PENGAJARAN DAN AKTIVITI KEAGAMAAN;
    1. Menyelaras dan menguruskan pengajaran dan aktiviti kerohanian
      • Tazkirah
      • Seminar
      • Ceramah
      • Kelas-kelas Pengajian
      • Bacaan Yasin/Tahlil/Doa Selamat
    2. Pemudahcara dan penghubung urusan PPUM serta badan agama kerajaan dan NGO dalam pelaksanaan aktiviti- aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
    3. Menyelia keperluan surau-surau kecil di PPUM
    4. Mengendalikan aktiviti-aktiviti Pemangkin PPUM
    5. Menasihati Pengurusan PPUM dalam hal ehwal agama Islam



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my